Masalah dalam kem PKR masih belum selesai... Tolak calon sendiri

Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 1 May 2018

Masalah dalam kem PKR masih belum selesai... Tolak calon sendiri.
Masuk hari keempat berkempen, masalah dalam kem PKR masih belum selesai termasuk perkembangan terbaru di Kuala Kangsar yang  amat  menarik sehingga boss Parti Peribumi Bersatu  Malaysia (PPBM) di Ipoh dan boss besar mereka yang bertanding parlimen Langkawi boleh pening kepala dan bernada kecewa.
Manakan tidak ahli dan bekas Ahli Jawatankuasa  Kuala Kangsar membuat membantah keras keputusan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon Amanah, Isa Jaafar bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manong pada PRU14 yang mereka sifatkan sebagai calon `terjun’.
Bekas Ketua Penerangan PPBM Bahagian Kuala Kangsar, Amir Hashim Yot berkata, bantauan itu dibuat kerana Isa merupakan `orang luar’ yang tidak dikenali penduduk  kawasan Manong.
``Sebelum ini kami telah membuat bantahan dan menolak calon yang dicadangkan oleh Pengerusi PPBM Perak Ahmad Faizal Azumu yang mencalonkan Jamaluddin Mohd Yusop iaitu Ketua Bahagian PPBM Sungai Siput di Dun Manong.
“Kami mahukan ahli-ahli akar umbi PPBM Bahagian Kuala Kangsar memilih dan menentukan calon mereka sebagai wakil rakyat, dan bukannya datang daripada Badan Kepimpinan PPBM negeri dan pusat,” katanya dalam satu sidang media di Sayong Resort Kuala Kangsar pada Isnin.
Menurut Amir, susulan calon PPBM tidak terpilih,  selaku pengundi tegar dan penggerak awal sejak tertubuhnya PPBM di Kuala Kangsar merasa terhina dan terkilan dengan pencalonan wakil Amanah itu.
“DUN Manong berpotensi untuk dimenangi tetapi Isa Jaafar dinamakan sebagai calon Pakatan Harapan rata-rata pengundi khususnya Dun Manong tidak mengenali beliau dan tidak mendapat sokongan akar umbi daripada komponen Pakatan Harapan iaitu PKR dan DAP.
“PPBM Bahagian Kuala Kangsar terpinggir dan hak mutlak kerusi PPBM calon DUN Manong telah dicabuli.Isa Jaafar yang menjadi ahli biasa PPBM secara mendadak dan dalam masa yang singkat telah diangkat sebagai calon.
``Isa Jaafar yang sebelum ini pernah menjadi ahli UMNO dan lompat ke Parti Keadilan Malaysia (PKR) sebagai ketua cabang Padang Rengas serta dalam waktu yang sama sebagai bendahari amanah bahagian Kuala Kangsar seterusnya kini ahli biasa PPBM dan terus bolos sebagai calon PPBM Dun Manong,” katanya.
Berikutan itu tegasnya, ribuan ahli,penyokong PPBM selaku pengundi Dun Manong yang turut disifatkan sebagai jentera PPBM “hardcore” tidak akan mengundi dan akan membantu pihak yang bersama pihak yang menolak calon tersebut.
``Saya ingatkan kepada pucuk pimpinan PPBM dan Amanah jangan main langgar begitu sahaja kerana kami pengundi di Parlimen Kuala Kangsar.Kami ada waris,sanak saudara dan sahabat handai yang mengundi di Kuala Kangsar.
``Walaupun calon telah dipilih dan proses berkempen telah dimulakan tetapi kami menolak terus calon ini terpulang kepada pengundi memilih atau tidak,” katanya.

Sumber asal: Masalah dalam kem PKR masih belum selesai... Tolak calon sendiri

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment