Nampaknya Tun Dr Mahathir Mohamad sudah bertemu kaedah baru untuk berkempen pada Pilihan Raya Umum ke 14 kali ini. Kaedah yang dimaksudkan adalah, melawat ke pusara kesemua bekas musuh-musuh politiknya seperti Allahyarham Ustaz Fadzil Nor dan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sebelum ini, semasa kunjungan singkat Mahathir ke Pokok Sena, dia berjaya melawat pusara Allahyarham Ustaz Fadzil Nor dengan ditemani oleh anaknya Muhammad Faiz Fadzil, calon Pakatan Harapan untuk Permatang Pasir. Sememangnya, kunjungan ini amat mengejutkan kerana ianya dilakukan setelah hampir 16 tahun Allahyarham meninggal dunia.
Kemudian, Mahathir cuba pula mengunjungi pusara Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, namun dihalang oleh anak ketiga Allahyarham, Nik Adli Nik Abdul Aziz. Bukan setakat tidak dibenarkan untuk mengunjungi pusara Allahyarham, malah pintu masuk ke kawasan perkuburan itu juga dikunci.
Apa sebenarnya yang cuba dibuat oleh Mahathir sehingga sanggup mendekatkan dirinya dengan kubur, lokasi yang mana sebelum ini langsung tidak pernah terlintas difikiran Mahathir untuk dia kunjungi? Adakah Mahathir sudah terlalu terdesak sehinggakan sanggup membawa nafsu kemaruk politiknya ke kubur dengan cuba “memanggil” semula roh yang sudah meninggal dunia, membantunya berkempen?
Rasanya, sepanjang usia Mahathir menyertai politik, inilah gerak kerja kempen pertamanya yang mengheret politik ke tanah perkuburan. Sebelum ini, dia lebih senang berada di pentas-pentas ceramah politik untuk menghentam musuh-musuh politiknya. Malah, dia juga lebih senang menyumbat sesiap sahaja yang melawannya kedalam penjara atau dikenakan tahanan ISA demi untuk mengekalkan kuasanya.
Dikala semua usahanya untuk menumbangkan BN dengan menyertai Pakatan Harapan dilihat semakin sukar, mungkin bagi Mahathir, dengan melakukan kunjungan ke pusara musuh politiknya, ia akan dapat menaikkan lagi popularitinya serta Pakatan Harapan. Namun, dia sebenarnya terlupa akan beberapa fakta yang telah menyebabkanny ditertawa oleh musuh politiknya sendiri.
Dahulu, Allahyarham Ustaz Fadzil Nor pernah berdoa secara terbuka supaya umur Mahathir dilanjutkan supaya Mahathir sendiri dapat menyaksikan kerosakan dan kemusnahan yang dia sendiri cipta sepanjang menjadi Perdana Menteri. Nampaknya, doa Allahyarham dimakbulkan dan hari ini, disaat semua rakan sebaya politiknya sudah meninggal dunia, Mahathir masih kekal terpacak menjunjung usia 93 tahun dan masih kemarukkan kuasa politik.
Hari ini telah menunjukkan satu lagi bukti bahawa Mahathir sudah benar-benar terdesak mencari sokongan sehingga sanggup berkempen ke tanah perkuburan bagi “menyeru” roh orang yang sudah meninggal dunia, membantunya berkempen.

Sumber asal: Akhirnya, Mahathir Jumpa Kaedah Baru Untuk Berkempen
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment