Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didakwa berada dalam ‘ketakutan’ kerana bimbang akan kalah selepas tidak mendapat sokongan PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, Azmin sedar kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor adalah kerana undi serta sokongan PAS.
“Azmin seperti ‘kacang lupakan kulit’ dan lupa jasa PAS. Semakin dekat PRU-14, semakin Azmin ketakutan. Azmin gelisah bimbangkan kedudukannya.
“Atas sebab itu Azmin lebih banyak menyerang PAS dalam kempen politiknya. Azmin lebih berminat kepada PAS berbanding BN. Mungkin Azmin takut kepada PAS,” katanya kepada Watan Online pada Jumaat.
Dalam perkembangan lain, Roslan Shahir berkata, sepanjang menjadi Menteri Besar, Azmin gagal mempertahankan kepentingan umat Islam.
“Semasa isu penganjuran pesta arak suatu masa dulu, Azmin gagal menguruskan isu tersebut dengan baik. Azmin juga membenarkan kewujudan rumah urut di Selangor,” katanya.

Sumber asal: AZMIN DALAM ‘KETAKUTAN’ – ROSLAN SHAHIR
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment