REJIM PAKATAN KETANDUSAN PEMIMPIN KE???

Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 15 May 2018

REJIM PAKATAN KETANDUSAN PEMIMPIN KE???.
Itu menjadi satu persoalan dikalangan rakyat. Kenapa sehingga ke hari ini Kabinet Rejim Pakatan itu masih belum ditubuhkan sepenuhnya? Kenapa ianya memakan masa yang lama?


Tambah mengelirukan ialah mengenai perlantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Ianya turut menjadi satu tanda tanya besar kerana masih belum ada sebarang pengesahan.


Jika sebelum ini, Perdana Menteri mendakwa Guan Eng hanya dicalonkan ke jawatan tersebut, tetapi dia masih belum mengangkat sumpah dihadapan Yang DiPertuan Agong lagi.


Alasannya, Guan Eng masih ada kes yang sedang dibicarakan dimahkamah. Maka dia perlu membuktikan yang dia tidak bersalah. Sehingga itu, jawatan sebagai Menteri Kewangan itu hanya atas nama sahaja.


Seandainya perkara itu dilihat dari satu sudut, seolah - olah memberikan gambaran bahawa pihak Rejim Pakatan cuba masuk campur urusan kehakiman dengan memberikan tekanan sedemikian.


Malah persoalannya, adakah Rejim Pakatan itu mengalami ketandusan calon pemimpin yang layak untuk mengisi jawatan selaku Menteri Kewangan sehingga terpaksa juga lantik Guan Eng?


Secara logiknya, Rejim Pakatan tu boleh melantik orang lain sementara menunggu kes Guan Eng selesai dimahkamah. Sekiranya dia didapati tidak bersalah, Rejim Pakatan tu boleh buat rombakan.


Tetapi nampak gayanya Rejim Pakatan itu tetap berkeras untuk melantik Guan Eng. Ada sebab tertentu ke kenapa Rejim Pakatan tu WAJIB melantik Guan Eng sebagai Menteri Kewangan? Ada agenda tertentu ke yang sengaja disembunyikan dari pengetahuan umum???

Sumber asal: REJIM PAKATAN KETANDUSAN PEMIMPIN KE???

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment