TOL KEMUNGKINAN BESAR TIDAK DIHAPUSKAN???

Posted by Kerah Lekung on Friday, 11 May 2018

TOL KEMUNGKINAN BESAR TIDAK DIHAPUSKAN???.
Jika mengikut manifesto yang telah diumumkan oleh Rejim Pakatan sebelum ini, tol disetiap lebuhraya seluruh Negara akan dimansuhkan dalam tempoh 100 hari selepas mereka berjaya merampas Putrajaya.


Maka sudah pasti rakyat secara keseluruhannya ternanti - nanti perlaksanaan manifesto tersebut disamping pemansuhan cukai GST yang telah dijanjikan oleh kepimpinan Rejim Pakatan itu.


Namun, bagi sesetengah pihak berasa agak skeptikal dengan manifesto tersebut kerana Perdana Menteri Pakatan sebelum ini pernah membuat kenyataan yang bertentangan dengannya.


Tun Mahathir dalam satu kenyataan mendakwa janji yang dibuat oleh Rejim Pakatan itu tidak relevan dan sukar untuk dilaksanakan kerana pemansuhan konsesi tol itu menelan belanja besar.


Walaubagaimana pun, janji untuk menghapuskan tol itu tetap termaktub didalam agenda 100 Hari Pakatan kepada rakyat Malaysia kerana didakwa menjadi punca rakyat hidup tertekan.


Tetapi, kemungkinan besar pemansuhan tol itu tidak akan dilaksanakan. Nak pulak apabila puak Rejim Pakatan itu memang sudah terkenal dengan sifat yang suka berdolak dalih dengan rakyat.


Paling tidak mereka akan memberikan alasan, "Tol tidak akan dihapuskan kerana harga barang dah turun. Rakyat punyai cukup wang untuk bayar tol." Lagi pun, Pakatan sebelum ini pernah kata, "Manifesto Bukan Janji". Jadi, kita tunggu la apa seterusnya!!!

Sumber asal: TOL KEMUNGKINAN BESAR TIDAK DIHAPUSKAN???

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment