Nampaknya PM DS Najib dalam final lap perlumbaan PRU14 ini telah jauh potong tang corner Mahathir - DAP sebelum memecut ke garisan penamat esok.
Wajahnya nampak ceria esok untuk balik mengundi di PEKAN . 4 pengumuman ini adalah booster untuk beliau pecut esok dan tidak sempat lagi untuk dikejar sebab tempoh berkempen sudah berakhir .
PEKAN - Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan empat khabar gembira buat rakyat Malaysia dalam perutusan khas sempena PRU14, malam tadi.
"Pada malam yang sungguh bermakna ini saya ingin buat pengumuman yang pertama.
"Kepada semua orang muda yang berumur 26 ke bawah seandainya BN diberi mandat hari esok (hari ini), akan diberikan pengecualian cukai pendapatan sepenuhnya bermula dari tahun taksiran 2017 dengan serta-merta.
"Ini bermakna yang bekerja yang berumur 26 ke bawah tak kira banyak mana pendapatan mereka tak perlu bayar cukai pendapatan," katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung.
Perdana Menteri berkata, pengecualian itu adalah bagi membantu golongan muda memulakan penghidupan dan cukai yang dibayar akan dikembalikan semula
"Orang muda perlu wang yang mencukupi, nak beli kereta, perbelanjaan.. nak bagi duit pada ibu bapa,” katanya.
Najib turut mengumumkan cuti peristiwa khas pada 14 dan 15 Mei ini jika BN menang PRU14.
“Bagi negeri yang cuti pada hari Jumaat, cuti peristiwa khas ini jatuh pada 13 dan 14 Mei,” katanya.
Manakala, untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Najib mengumumkan tiada sebarang bayaran tol yang akan dikenakan.
“Atau tol percuma kepada para pengguna lebuhraya di seluruh negara bagi dua hari sebelum Hari Raya dan 3 hari, iaitu pada Hari Raya pertama, Hari Raya kedua dan Hari Raya Ketiga (jumlah 5 hari). Jika Barisan Nasional diberi mandat!,” katanya.
Selain itu, Najib juga berjanji menaikkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seratus peratus pada Jun ini.
Sumber asal: 4 BERITA GEMBIRA ADALAH FEEL GOOD FACTOR UNTUK BN ESOK HARI MENGUNDI
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment