Jika sebelum ini, Rafizi dengan penuh lagak sombong mendabik dada menyatakan bahawa dia tidak akan dipenjara dan terlepas dari hukuman sekiranya puak Pakatan berjaya menakluki Putrajaya.
Rafizi dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menabur fitnah serta mendedahkan dokumen sulit secara terbuka dibawah Akta BAFIA yang telah difailkan oleh Pengerusi NFCorp.
Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap Rafizi kerana didapati bersalah melakukan tuduhan tersebut sebelum ini sehingga menyebabkan dia hilang kelayakan untuk bertanding.
Malah Rafizi juga masih berhadapan dengan kes saman fitnah yang difailkan oleh Tabung Haji kerana membuat dakwaan terhadap institusi kewangan Islam itu. Kes itu masih sedang dibicarakan.
Persoalannya, adakah Si Rafizi itu akan terlepas dari sebarang hukuman seperti mana yang didakwa sebelum ini? Adakah pihak Rejim Pakatan yang baru akan mengambil tindakan terhadap pendakwaan yang dibuat?
Dan bagaimana pula dengan kes saman syarikat Lynas terhadap Ahli Parlimen Bentong yang sedang menanti keputusan dari mahkamah ini? Adakah kes itu juga akan digugurkan begitu sahaja?
Kalau sebelum ini, mereka sering mendakwa Kerajaan Barisan Nasional menyalah-guna kuasa dan mencampuri urusan Mahkamah. Maka adakah kali ini Rejim Pakatan baru itu akan melakukan perkara yang sama bagi mengelakkan pemimpin mereka dijatuhkan hukuman???
Sumber asal: ADAKAH RAFIZI AKAN TERLEPAS DARI HUKUMAN PENJARA???
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment