IMPLIKASI REJIM PAKATAN HARAPAN!!!

Posted by Kerah Lekung on Thursday, 10 May 2018

IMPLIKASI REJIM PAKATAN HARAPAN!!!.
Seusai Pilihan Raya Umum ke 14, kita dapat melihat kejayaan Pakatan untuk membentuk sebuah Rejim baru dibawah pemerintahan Tun Mahathir selaku calon bakal Perdana Menteri.


Namun apa yang pasti, beberapa implikasi yang bakal dilakukan oleh Rejim baru itu dapat dilihat dengan jelas. Diantara perkara yang akan mereka lakukan ialah menghapuskan sistem GST.


Malah Rejim Pakatan itu juga turut berikrar untuk menghapuskan syarikat kewangan strategik Negara, 1MDB yang didakwa telah menyeleweng dana Kerajaan untuk kegunaan peribadi.


Turut diramalkan akan dimansuhkan oleh Rejim Pakatan itu ialah projek - projek yang telah diumumkan Kerajaan sebelum ini. Misal contohnya, projek MCKIP di Kuantan akan ditutup dan dimansuhkan.


Maka 4000 rakyat akan hilang peluang pekerjaan jika sekiranya Rejim Pakatan mengambil tindakan sedemikian. Begitu juga dengan projek ECRL yang kemungkinan besar akan dimansuhkan.


Selain itu, rancangan PAS untuk membentangkan Rang Undang - Undang Pindaan Akta 355 (RUU 355) di Parlimen juga bakal berkubur dengan adanya Rejim Pakatan yang baru ini nanti.


Itu diantara perkara yang hampir pasti dilakukan oleh Rejim Pakatan yang baru ini. Belum tahu lagi apa yang akan mereka buat dimasa akan datang. Hanya keadaan sahaja yang akan menentukannya kelak!!!

Sumber asal: IMPLIKASI REJIM PAKATAN HARAPAN!!!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment