WARGA CHINA DIBERIKAN MYKAD UNTUK UNDI DI BENTONG, PAHANG?
Dua hari sebelum Hari Pengundian makin hebat pihak pembangkang menabur peluru-peluru fitnah terhadap BN.
Selepas fitnah kononnya telah berlaku pengiraan undi awal di Parlimen Bagan Datuk kelmarin.
Fitnah terbaru mendakwa warga China yang bekerja di Malaysia diberikan Mykad dan didaftarkan di Bentong, Pahang.
Fitnah tersebut disertakan Mykad (760711-74- 5028) dan pasport dengan mesej :
"Now they change the trick, not bangla this time but China CCC nationality working in Malaysia given Msia Mykad and voting. Registered in Bentong, Pahang".
Namun hasil semakan daftar pemilih ke atas nombor Mykad itu tidak menemui apa-apa rekod dalam sistem SPR.
Bermakna pemilik Mykad tersebut tidak daftar sebagai pengundi yang sah dan tak boleh mengundi!
Jadi, dakwaan pemilik Mykad berkenaan didaftarkan sebagai pengundi di Bentong adalah SATU FITNAH!
........
KESIMPULAN
Dalam PRU13 yang lalu, pembangkang telah sebarkan fitnah mengenai isu pengundi Bangla di mana terbukti isu tersebut tidak pernah berlaku.
Dalam PRU14, nampaknya pihak pembangkang masih gunakan modus operandi yang sama.
Persoalannya, kenapa pembangkang masih kekalkan taktik penipuan seperti ini walaupun telah berkali-kali mereka kantoi?
Sebab mereka tahu, setiap kali orang ramai menerima sesuatu berita tidak ramai di antara kita yang periksa kesahihan berita tersebut.
Lebih-lebih lagi bila berita tersebut disertakan dengan Mykad sebagai bukti sokongan.
Aku pasti tak ramai penerima berita tersebut ke laman SPR untuk semak nombor Mykad yang tertera.
9 Mei 2018, tolak Pakatan bermakna kita tolak fitnah!
Sumber asal: SELEPAS BANGLA , KINI #TSUNAMIPHitnah TUDUH KONON WARGA CHINA MENGUNDI DI BENTONG !!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment