Gomen PH kena besaqkan "Homestay Sungai Buloh"...

Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 15 May 2018

Gomen PH kena besaqkan "Homestay Sungai Buloh"...

Dalam misi untuk menyelamatkan negara dan membongkar skandal 1MDB, Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad membayangkan beberapa ketua jabatan kerajaan yang dipercayai bersekongkol, melindungi dan menyembunyikan kesalahan Najib Razak akan disiasat dan didakwa di mahkamah.

Sehingga ini beberapa nama telah disebut secara jelas untuk diambil oleh Tun Mahathir, antaranya Peguam Negara, Apandi Ali, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dan Pengerusi SPR, Hashim Mohamad, meskipun Perdana Menteri belum lagi memasuki pejabatnya di Bangunan Perdana Putra.

Apandi didakwa melindungi fakta mengenai kesalahan Najib berkaitan 1MDB dan kemasukan wang RM2,600 juta ke dalam akaun peribadinya, manakala Dzulkifli dipercayai melengah-lengahkan siasatan berhubung perkara yang sama.

Selain itu, Dzulkifli juga boleh disiasat semula berkaitan skandalnya yang dikatakan mempunyai hubungan terlarang dengan seorang wanita yang sudah bersuami sebelum ini.

Beliau difahamkan sudah pun menjadikan wanita berkenaan sebagai isteri keduanya.


Image may contain: 3 people, text

Hashim pula mungkin ada kesalahan berkaitan dengan beberapa tindakannya sebelum dan sewaktu pilihanraya baru-baru ini yang dilihat cuba memberi kelebihan kepada Najib untuk mengekalkan kuasa.

Dalam hal 1MDB, sudah tentu bekas Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar yang sepanjang mengetuai pasukan polis sebelum ini dilihat begitu condong melindungi Najib, akan turut berdepan penyiasatan yang sama.

Selepas mereka, Najib, Rosmah Mansor, Riza Aziz, Jho Low, bekas CEO 1MDB, Shahrul Azral Halmi, dua bekas eksekutif SRC International, anak syarikat 1MDB yang melarikan diri ke luar negara, Nik Faisal Arif Kamil dan Suboh Md Yassin serta banyak lagi nama adalah antara yang paling berpotensi untuk disiasat dan seterusnya dihadapkan ke muka pengadilan.
Najib dan Rosmah yang merancang untuk berlepas ke Indonesia hari ini, mungkin untuk terus melarikan, telah pun disekat dan disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen.

Begitu juga dengan Pengerusi dan CEO 1MDB sekarang, Irwan Siregar dan Arul Kanda Kandasamy, menyiasat dan mendapatkan maklumat daripada mereka adalah cukup penting untuk membongkar kebenaran.

Berhubung wang RM2,600 juta, bekas TPM, Zahid Hamidi, seharusnya perlu disiasat juga untuk mengetahui sama ada beliau bercakap benar atau tidak berhubung kenyataannya telah menemui waris keluarga diraja Arab Saudi yang didakwa sebagai perderma kepada Najib itu.


Related image

Zahid Hamidi mesti membuktikan beliau bercakap benar dan tidak mereka-reka cerita semata-mata untuk melindungi Najib.

Dalam waktu yang sama, Zahid Hamidi dipercayai ada kes lama atas dakwaan memukul seorang pemuda sehingga pecah mukanya dan mengalami cacat kekal sehingga ke hari ini.

Semua kes itu mesti dibuka semula dan disiasat dengan seadil-adilnya.

Berkaitan skandal 1MDB yang daripadanya mengalir wang RM2,600 juta ke akaun peribadi Najib, hampir semua pemimpin UMNO yang pernah menerima tunai sama ada RM1 juta, RM2 juta atau sebagainya daripada Najib, semestinya wajib dipanggil untuk disiasat.

Adalah penting untuk mengetahui sama ada wang yang diterima daripada Najib itu berpunca daripada 1MDB atau tidak dan jika terbukti ianya wang curi, penjara kerana bersubahat adalah selayaknya bagi semua mereka.

Begitu juga dengan bekas pemimpin Pas, Nasharuddin Mat Isa yang pernah didedahkan oleh Rafizi Ramli telah menerima wang tunai berjuta-juta daripada Najib yang dipercayai untuk dberikan kepada pemimpin-pemimpin Pas, beliau mesti dan wajib dipanggil untuk disiasat juga.


Image result for Nasharuddin Mat Isa dan hadi awang

Harus diketahui untuk tujuan apa wang itu diberikan kepadanya dan kepada pemimpin Pas mana beliau pernah mengagih-agihkan wang tersebut.

Bagi para pemimpin UMNO yang menjadi menteri, timbalan menteri atau mengetuai mana-mana agensi kerajaan di era Najib, inilah juga masanya untuk Tun Mahathir dan kerajaan Pakatan Harapan menyiasat, mendakwa dan seterusnya menghukum mereka jika didapati ada melakukan kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Terlalu banyak skandal dan ketirisan berlaku di semua kementerian dan agensi kerajaan di waktu Najib menjadi Perdana Menteri sehingga bukan saja para menteri yang hidup kaya raya, bahkan pegawai dan anak isteri mereka juga hidup mewah seolah-olah datuk nenek mereka adalah berasal daripada keluarga berada.

Lebih-lebih lagi bagi kes yang sudah menjadi perhatian media sebelum ini seperti Felda, MARA, Felcra, Tabung Haji dan banyak bagi yang pernah disiasat SPRM tetapi kesnya senyap begitu saja, fail-failnya wajib dibuka semula.

Para pegawai di Pejabat Perdana Menteri yang antara peranan mereka melindungi salah laku dan kejahatan Najib serta Rosmah, tidak seharusnya terkecuali untuk disiasat dan didakwa, tambahan lagi jika mereka mengamalkan gaya kehidupan mewah yang melampau-lampau selama ini.



Daripada semasa ke semasa, senarai mereka yang perlu disiasat, dibawa ke muka pengadilan dan seterusnya akan dihukum penjara, pasti sentiasa bertambah panjang.

Dalam misi untuk menyelamatkan negara sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan baru Pakatan Harapan, pembasmian secara menyeluruh dan habis-habisan terhadap segala salah laku di era kleptokrasi Najib, bukan saja tidak dapat dielakkan, tetapi itulah kehendak rakyat sebenarnya.

Maka, jika berterusan ada tangkapan, siasatan, pendakwaan dan pemenjaraan terhadap pendurjana harta negara itu, muatkah penjara sedia ada untuk menempatkan mereka?

Untuk itu, barangkali projek pertama yang harus dimulakan segera oleh kerajaan baru ini ialah membesarkan lagi Penjara Sungai Buloh yang ada sekarang. - f/bk 

Kami tau Jho Low kat mana...
Story kat SINI dan SINI  

Malaysia PM Dr.M begins big clean up...

Malaysian Prime Minister Mohamad on Monday said he will replace the country’s attorney general and anti-corruption chief, as officials stepped up a probe into alleged widespread graft in the Barisan Nasional government defeated in last week’s general election. 

Mahathir said attorney general Apandi Ali, appointed by ex-premier Najib Razak, would be put on indefinite leave as his tenure was assessed, with solicitor general Engku Nor Faizah Engku Atek standing in for him. 

“There have been complaints against the AG … on that basis we gave him a holiday,” Mahathir said at a press conference. “If the investigation reveals there is a case against him, we will take action.”

134 billion reasons for Mahathir not to rethink Chinese investment

Mahathir said he would name a new head of the Malaysian Anti-Corruption Commission on Tuesday after its chief, Dzulkifli Ahmad, resigned on Monday. 

Both men were among senior government officials installed by Najib in July 2015 as talk was swirling that public prosecutors were looking into whether the premier at the time had links to the multibillion-dollar corruption scandal at the state fund 1MDB. 

Their predecessors were removed along with five dissenting ministers. 

Mahathir said investigations into alleged wrongdoing by the previous administration was extensive, and would take time.

Earlier in the day he met civil service chiefs from various ministries and instructed them not to destroy any documents that could be used in the investigation. 



“We have to take time. There are many faults committed by the previous government, but we cannot do everything in one day,” he told reporters. 

One man the government will not go after for now is Low Taek Jho, the Malaysian businessman who according to US prosecutors is at the centre of the 1MDB scandal.

He is currently not in Malaysia, and while Mahathir said his officials know where Low is, they would not seek his extradition for now. 

Mahathir’s updates on possible action against the deposed Barisan Nasional administration came as his own four-party Pakatan Harapan coalition openly bickered over the composition of the cabinet. 

Jailed Pakatan Harapan leader Anwar Ibrahim said in a statement he supported Mahathir’s leadership but urged the premier to consider demands from his Parti Keadilan Rakyat (National Justice Party) for more “inclusive negotiation”. 

The party is the biggest in the ruling coalition, holding 48 out of the 122 seats Pakatan Harapan garnered in last Wednesday’s vote. 

One of its leaders over the weekend said Mahathir had failed to consult the party when he offered the interior, defence, and finance portfolios to leaders of other parties. As part of the coalition’s pre-election agreement, Mahathir appointed Anwar’s wife Wan Azizah Wan Ismail as his deputy. 



Anwar, in jail for a sodomy conviction but considers himself a prisoner of conscience, could be released within days. 

The king said he will give the 70-year-old a full pardon, and the Prisons Pardons Board will meet at 11am on Wednesday to consider his case.

The meeting was initially scheduled for Tuesday – eliciting instant delight among supporters eager to see his release – but was later postponed. 

On the markets front, volatility reigned on the first day of trading in Malaysia’s stock market since Pakatan Harapan’s stunning victory last week. 

Mahathir ordered Thursday and Friday to be special public holidays after the election outcome. 

The Kuala Lumpur Composite Index closed up 0.21 per cent after a day of see-saw trading that saw firms linked to the deposed Barisan Nasional suffer the biggest losses.

Among these biggest losers were construction conglomerate YTL Corp, banking group CIMB, where Najib’s brother Nazir is president, and Gamuda, the highway construction firm with deep links to the former administration. 

Among the top gainers was PPB Group, the agriculture conglomerate controlled by Hong Kong-based Malaysian billionaire Robert Kuok. 

Kuok is one of five people appointed by Mahathir to a “Council of Eminent Persons” that will advise the new government on economic matters. - Bhavan Jaipragas,scmp


Image may contain: 2 people, text

Image may contain: 3 people, people smiling

Ramadan - Hantu,Iblis dilarang ganggu manusia...


cheers.

Credit: https://ift.tt/2KmuRCF

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment