Salah satu segmen belia yang amat dekat dengan hati saya adalah anak-anak muda dari golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang pastinya mempunyai cabaran tersendiri dalam mengejar impian masing-masing.
Tugas dan tanggungjawab saya selaku bekas Menteri Belia dan Sukan sebelum ini membolehkan saya memerhatikan dengan lebih dekat bagaimana hebatnya usaha seseorang atlet OKU itu untuk berjaya, namun diberi perhatian dan dibantu oleh sistem di bawah Majlis Paralimpik Malaysia dan sebagainya. Itu merupakan saluran yang baik buat atlet OKU dalam mengembangkan bakat dan karier masing-masing.
Namun selaku Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) saya percaya para belia OKU boleh turut cemerlang bukan sahaja dalam sukan, malah bidang seperti keusahawanan dan sebagainya.
Oleh itu, manifesto Jaminan Orang Muda BN melalui jaminan ketujuh komited untuk memberi peluang bukan sahaja buat OKU malahan belia dari semua segmen yang ada di negara ini.
Selain inisiatif memudah cara belia OKU ke dalam pekerjaan dan latihan arus perdana, BN akan memastikan peluang akan disediakan buat belia Orang Asli untuk terlibat dalam syarikat berkaitan industri hijau.
Inisiatif lain termasuk memadankan lepasan sekolah pondok dengan syarikat industri halal dan memberi peluang kedua kepada bekas pesalah juvana, bekas penagih, ibu tunggal remaja dan gelandangan agar mereka turut berpeluang untuk membina masa depan yang cerah.
Layari https://www.barisannasional.org.my/manif…/jaminan-orang-mudauntuk maklumat lanjut berhubung Jaminan dan Inisiatif JOM yang menanti anda.
Bersama, Kita Hebatkan Orang Muda!
#JomBN
#DahulukanRakyat
#HebatkanNegaraku
Sumber asal: Peluang Buat Setiap Segmen Belia - AMK Mengamuk Pasal Video Ini?
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment