BOSS AIR ASIA SOKONG BN SEBAB YAKIN BOLEH MENANG PRU13 BUKAN PAKATAN HARAPAN

Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 8 May 2018

BOSS AIR ASIA SOKONG BN SEBAB YAKIN BOLEH MENANG PRU13 BUKAN PAKATAN HARAPAN .





MAHU BERNANAH JUGA MATA CAITRO PAKATAN BACA DAN TENGOK NI - Bos _AirAsia_ Akui Najib Utamakan Negara

1. Ketua Pegawai Eksekutif _AirAsia_, Tan Sri Tony Fernandes menyifatkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak membantu mengembangkan syarikatnya sehingga ke peringkat antarabangsa.

_“Seperti yang anda semua maklum, kisah saya membawa nama AirAsia berdepan pelbagai liku dan saya rasa ia sangat penting untuk dikongsikan._

_“Saya bermula dengan hanya 2 pesawat kecil dan sepanjang 10 tahun ini, kami menyaksikan bagaimana kerajaan membantu dengan menyedia peluang untuk AirAsia membina nama sehingga ia kini antara jenama terbesar di dunia,”_ katanya.

2. Tambah beliau bukan perkara mudah untuk membawa jenama tempatan ke peringkat antarabangsa, tetapi ia direalisasikan dengan bantuan kerajaan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri yang beliau sifatkan sentiasa meletakkan negara dan rakyat sebagai keutamaan.

_“Saya percaya Perdana Menteri mendahulukan rakyat dan membenarkan AirAsia berkembang walaupun beliau mendapat tentangan di merata tempat._

_“Keputusannya mengutamakan negara memberi manfaat kepada kita semua, justeru apabila mengundi nanti buatlah keputusan berdasarkan fakta dan bukan berita palsu yang anda selalu dengar di media massa,”_ katanya dalam video yang dimuat naik di _YouTube_ milik _Negaraku_.

3. Katanya, _AirAsia_ memenangi pelbagai anugerah peringkat dunia dan beliau berterima kasih kepada kerajaan yang mampu menguruskan negara termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat seperti _AirAsia_ dengan baik.

4. _"Justeru apabila mengundi nanti buatlah keputusan dengan berdasarkan fakta dan bukan berita palsu yang anda selalu dengar menerusi media massa,”_ kata Tony sebagai merujuk hari pengundian PRU ke-14 pada Rabu ini.

5. Beliau seterusnya berharap pada masa depan lebih banyak syarikat penerbangan tempatan seperti _AirAsia_ akan wujud sekali gus menyediakan lebih peluang pekerjaan berdasarkan meritokrasi kepada rakyat negara ini.

_“Itulah Malaysia yang saya impikan selama ini, jadi undilah dengan bijak dan kita berjumpa lagi pada 10 Mei di AirAsia,”_ kata Tony.


Sumber asal: BOSS AIR ASIA SOKONG BN SEBAB YAKIN BOLEH MENANG PRU13 BUKAN PAKATAN HARAPAN

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment