DAP MAKIN GELISAH...PASTI KALAH TERUK PRU NANTI

Posted by Kerah Lekung on Sunday, 6 May 2018

DAP MAKIN GELISAH...PASTI KALAH TERUK PRU NANTI.
DAP kini berada dalam situasi panik dan tidak senang duduk apabila menyedari masih ramai penyokong tegar mereka dalam kalangan pengundi Cina masih tidak sedar parti itu menggunakan logo PKR untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, menjelang hari pengundian tidak sampai empat hari lagi, kepemimpinan DAP ketika ini berdepan dilema politik serius berikutan kegagalan mereka untuk ‘menjual’ logo PKR sekali gus bakal kehilangan majoriti undi akibat kesukaran pengundi mereka untuk memilih parti itu yang tidak lagi menggunakan simbol Roket.


Malah, beliau berkata, ahli-ahli DAP sendiri begitu marah dengan keputusan yang dibuat oleh Penasihatnya, Lim Kit Siang untuk berada di bawah logo PKR tanpa sebarang perundingan dibuat terlebih dahulu dengan peringkat akar umbi yang akhirnya boleh menjerat mereka.


“Sejak Kit Siang membuat keputusan untuk berada di bawah bendera PKR dan meninggalkan simbol Roket, ramai ahli parti itu amat marah kerana mereka perlu bekerja keras kerana penyokong-penyokong tegar mereka masih keliru dengan tindakan yang dibuat pucuk pimpinan parti.


“Mereka berdepan dengan keadaan mustahil untuk menjual idea bahawa undi PKR sama dengan undi DAP semata-mata bagi menunjukkan hubungan mereka dengan PKR dan juga Pengerusi gabungan pembangkang PKR, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah utuh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Sumber asal: DAP MAKIN GELISAH...PASTI KALAH TERUK PRU NANTI

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment