Tidak dinafikan sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terlalu baik membuatkan ada pihak cuba mengambil kesempatan dan 'memijak' kepalanya.
Bekas Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, kebaikan pemimpin negara itu membuatkannya sedih melihat keadaan yang berlaku sekarang ini.
"Jika diberi peluang mentadbir negara, saya yakin dia akan menjadi Perdana Menteri lagi (selepas PRU14) saya berharap beliau bersikap lebih tegas.
"Dia terlalu baik. Dia tak boleh terlalu baik lepas ini, sebab ramai yang cuba ambil kesempatan. Saya pasti dia juga dikelilingi oleh orang yang mungkin baik dan tidak baik. Jadi selepas alami perkara yang getir dan mencabar (sejak jadi PM), sudahlah...saya harap dia akan berubah (bertegas)," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita dalam satu sidang media pada Isnin.
Tambahnya lagi, jika benar dakwaan sesetengah pihak bahawa pemimpin negara itu terlibat dengan jenayah salahlaku seperti yang didakwa sebelum ini, sila kemukan bukti dan saksi, bukan hanya menuduh tanpa usul periksa.
"Sebelum seseorang dijatuhi hukuman, mesti dibawa ke muka pengadilan. Jika ada bukti dan saksi yang menyatakan beliau bersalah..sila kemukakan bukti.
"Pemimpin kanan DAP, Dr. Tan Seng Giaw yang juga dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PAC turut mengakui bahawa PM tidak terlibat dengan jenayah berhubung isu 1MDB.
"Jika ada tuduhan, pasti ada siasatan. Jika betul mahkamah mengatakan beliau bersalah, saya tidak akan berkata apa lagi..saya terima..dan perkara yang sama akan saya lakukan jika ia terjadi kepada saya," katanya.
Ujarnya lagi, di dalam negara demokrasi ini, kita mempunyai prosedur yang perlu diikuti untuk menjatuhkan seseorang pemimpin.
"Kalau betul pembangkang nak jatuhkan Najib, ada dua cara iaitu melalui parti UMNO itu sendiri dan kedua, boleh dikalahkan dalam PRU.
"Tetapi jika nak kalahkan beliau, biarlah dengan cara yang betul, secara demokratik. Bukan dengan kempen fitnah memfitnah. Jika ada tuduhan terhadap beliau, ikut peraturan, lakukan siasatan, biar mahkamah tentukan," katanya lagi.
Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua Dewan Negara ke-16 berkata, kenyataan yang dikeluarkan bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.
"Saya rela dan redha..bukan sebab jawatan. Saya perlu luahkan untuk agama, bangsa dan negara," katanya.
Mengulas mengenai beberapa pemimpin veteran UMNO yang menyokong pembangkang, Abu Zahar berkata "Kawan tetap kawan, tetapi di dalam perjuangan parti, saya tidak sokong apa yang mereka lakukan".
Menurutnya beliau sedih dan kecewa iaitu iaitu Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rais Yatim
"Saya anggap mereka ini sebagai insan yang pernah berjuang di dalam UMNO, pernah menjadi Menteri dan orang penting dalam BN. Tetapi saya tidak pasti mengapa mereka bertindak sedemikian.
"Ini pandangan peribadi saya, saya perlu luahkan perasaan saya. Kawan tetap kawan,tetapi di dalam perjuangan,saya tetap menyokong UMNO," katanya.
Menurut Abu Zahar, beliau pasti tindakan tiga rakannya itu pasti ada sebab, kerana ketika bersama di dalam UMNO satu ketika dahulu, mereka merupakan antara orang-orang yang membenci DAP, tapi kini sebaliknya berlaku.
"Mereka bijak dan pandai. Nasihat saya sebagai kawan, kalau boleh fikirlah panjang-panjang. Saya tahu tindakan mereka ada sebabnya, cuma saya...(terkilan) kerana mereka kini bersekongkol dengan DAP .
"Saya tahu mereka tidak suka DAP , tapi keadaan sekarang (berubah)...saya tidak tahu. Saya merayu..saya tidak peduli apa mereka nak cakap pasal saya (selepas ini)...saya terima.
"Saya hanya suarakan perasaan ikhlas saya. Kutuk mengutuk, fitnah memfitnah itu tidak baik. Be reasonable, be honest, be sincere and don't to be emotional," katanya lagi.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan tiga veteran UMNO itu yang kini cenderung menyokog pakatan pembangkang dan menghentam kerajaan secara terang-terangan.
Daim dan Rafidah telah digugurkan keanggotaan parti berkuatkuasa Sabtu lalu manakala Rais masih disiasat berhubung isu sama sebelum tindakan seterusnya diambil.
Tambah Abu Zahar lagi, tindakan yang diambil UMNO itu mengikut perlembagaan parti sepertimana yang diperuntukkan.
Abu Zahar turut melahirkan rasa kekecewaannya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang 'bercakap tidak serupa bikin' kerana melakukan perkara yang bertentangan, berbeza dengan apa yang dinasihatkan kepadanya satu masa dahulu.
"Saya ingat lagi pada tahun 1999, saya tidak dicalonkan untuk bertanding. Saya jumpa Tun Mahathir, saya akui tidak tercalon merupakan perkara biasa tetapi apa salah saya?
"Beliau nasihatkan saya...kalau kita tidak bertanding, sokonglah orang yang bertanding. Sejak itu saya berikrar tidak akan lari daripada perjuangan parti UMNO dan BN.
"Tapi kini apa yang berlaku? Tun Mahathir sendiri buat lain daripada yang dinasihatkan saya. Saya tetap hormatkan beliau, tetapi perjuangan parti saya tidak bersama dia. Saya menentang. Kawan tetap kawan," tegasnya.
Tambahnya lagi, Tun Mahathir seharusnya sedar bahawa tiada manusia sempurna di dunia ini dan setiap masalah yang berlaku pasti ada jalan penyelesaian.
"Kalau tidak sukakan seseorang, kenapa perlu jahanamkan semuanya? Pemimpin datang dan pergi. Kalau ada masalah, rundinglah baik-baik. Jika terlalu ikut perasaan dan ego, beginilah jadinya," katanya lagi.
Ujarnya lagi, Tun Mahathir patut sedar kerana DAP secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan untuk mempergunakannya bagi meraih undi masyarakat Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Sumber asal: Najib baik... ada pihak ambil kesempatan 'pijak' kepalanya
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment