PAKATAN CUBA JADIKAN SPR "KAMBING HITAM"!!!

Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 1 May 2018

PAKATAN CUBA JADIKAN SPR "KAMBING HITAM"!!!.
Melihatkan kepada fitnah yang disebarkan oleh Rafizi Ramli dan pemimpin gabungan PKR, termasuk beberapa calon mereka yang gagal terhadap isu-isu yang timbul sepanjang hari penamaan calon baru-baru ini, perlu difahami sebaik-baiknya bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melanggar sebarang peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.


Perkara 48 misalnya menyentuh dengan jelas kehilangan hak seseorang individu sebagai ahli parlimen yang terpakai sebelum dinamakan sebagai calon atau ketika dipilih sebagai calon.


Keadaan ini termasuk dalam isu pengisytiharan muflis, gagal serah penyatan belanja PRU lepas dan kesalahan jenayah. Kesalahan ini semua bercanggah dengan undang - undang yang termaktub di bawah Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.


Isu melibatkan Tian Chua mungkin dilihat ‘panas’ bagi kebanyakan pihak kerana pencalonan ditolak kerana saman berjumlah RM2,000 yang dikeluarkan Mahkamah Shah Alam.


Namun pengguguran itu berdasarkan aspek teknikal perundangan bagaimana penafsiran Perkara 48 dibuat, dalam keadaan kenyataan mahkamah itu menjadi perdekatan sama ada hukuman itu bersifat mengikat atau tidak mengikat.


Adalah penting bagi kesemua pihak agar memahami sebenar - benarnya peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan bidang kuasa SPR itu sendiri sebelum memberi persepsi yang buruk dalam arah tuju pilihan raya Malaysia.

Sumber asal: PAKATAN CUBA JADIKAN SPR "KAMBING HITAM"!!!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment