KIT SIANG MEMANG PAKAR PUTAR BELIT!!!

Posted by Kerah Lekung on Friday, 25 May 2018

KIT SIANG MEMANG PAKAR PUTAR BELIT!!!.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa para pemimpin tertinggi PAS adalah bersikap anti-DAP, anti-PAN (parti Mat Sabu) dan untuk sekian lamanya anti-Mahathir. Pengikut PAS pun ramai yang berpendirian lebih kurang serupa.


Bagaimana pula Kit Siang boleh begitu bijak spin (memutar-belit) dan jadikan cerita bahawa undi popular 17 peratus untuk PAS digunakan untuk “prop up” Najib?


Nyata Kit Siang memandang serong akhlak orang PAS. Hakikatnya undi 17 peratus PAS itu tak lain dan tak bukan (adalah) undi anti-Harapan.


Undi pro-PAS (17%) campur undi pro-BN (34%) yang berjumlah 51 peratus itu bermaksud undi pro-Harapan (45%+) tidak mampu melepasi tahap majoriti mudah. (51% itu tidak condong menyokong Pakatan).


Lagipun ada sebanyak 123,246 pengundi yang memilih parti nyamuk biarpun calon - colon bebas. Mereka ini tidak condong kepada Harapan. (Belum termasuk undi rosak yang memang disengajakan).


Mengikut ukuran sahih, Pakatan Harapan hanya memenangi undi “plurality”, iaitu angka paling tinggi tetapi masih belum mencapai 50 peratus. Dalam kata lain, Harapan (hanya sekadar) mendapat majoriti relatif berbanding BN dan PAS.


(Petikan dari artikel asal yang ditulis oleh Helen Ang - Kejinya pengundi PAS di kaca mata Kit Siang)

Sumber asal: KIT SIANG MEMANG PAKAR PUTAR BELIT!!!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment