Apa sebenarnya punca rakyat Malaysia undi PH?

Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 29 May 2018

Apa sebenarnya punca rakyat Malaysia undi PH?. PELBAGAI teori dan andaian dikeluarkan bagi menjelaskan faktor penentu mengapa majoriti rakyat Malaysia memilih Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 tempoh hari, sekaligus menamatkan pemerintahan selama 60 tahun Barisan Nasional di negara ini.

Sebahagian pihak berpendapat penyertaan Tun Mahathir mengetuai gabungan pembangkang adalah satu-satunya faktor utama kemenangan Pakatan Harapan.

Bagi golongan ini, hujah mereka, selama ini pakatan pembangkang tidak pernah menang pilihanraya umum menentang Barisan Nasional, namun kali ini mereka menang kerana adanya Tun Mahathir.

TAG

Sebahagian pihak pula berpendapat Tun Mahathir bukanlah faktor utama penentu kemenangan Pakatan Harapan. Antara mereka yang mengeluarkan pendapat ini ialah bekas Ahli Parlimen Pandan, saudara Rafizi Ramli.

Kata Rafizi, negeri Kedah tempat di mana Tun Mahathir paling berpengaruh tidak menunjukkan sokongan besar rakyat kepada Pakatan Harapan, sebaliknya ramai yang menyokong PAS. Itu yang menjadi hujah Rafizi mengatakan bahawa Tun Mahathir bukanlah faktor penentu utama kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14.

Pendapat bercanggah ini telah dijadikan polemik oleh pelbagai pihak berkepentingan, termasuk mantan kerajaan merangkap pembangkang (Umno dan BN) yang sememangnya diketahui mempunyai strategi untuk memecah-belahkan persepakatan dan muafakat Pakatan Harapan (mahu melagakan Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir).

Masing-masing ada hujah-hujah untuk menegakkan teori dan andaian.

Jadi apa kata kita tanya sendiri rakyat yang telah mengundi Pakatan Harapan tempohari, apa sebenarnya faktor mereka mengundi PH?

Jadi tak perlulah syok sendiri dengan hujah masing-masing, mari kita lihat sendiri suara rakyat. Di bawah ini aku buat pungutan suara atas talian melalui Twitter. Undian dibuka selama 7 hari, jom kita lihat dan pantau apakah hasilnya?



Sumber asal: Apa sebenarnya punca rakyat Malaysia undi PH?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment