Mana tidaknya. Pengumuman berkaitan dengan tabung yang kononnya nak selamatkan hutang Negara itu hari ini hanya menjadi bahan lawak jenaka dilaman media sosial semata - mata.
Bagi sesetengah pihak, Rejim Pakatan Haprak tu kononnya nak tunjuk yang mereka sedang berada dalam keadaan yang sangat kritikal sehingga terpaksa mewujudkan tabung berkenaan.
Menurut logik pencacai Rejim Pakatan Haprak tu, tabung tersebut hanya diwujudkan bagi mereka yang mahu memberikan sumbangan. Ianya bukan paksaan atau dijadikan perkara wajib.
Tapi yang kelakarnya, tanpa segan silu juga, Rejim Pakatan Haprak tu kata diorang nak belanja sebanyak RM 40 juta hanya semata - mata untuk menyiarkan perlawasan bolasepak World Cup secara percuma.
Malah, tambah menghiburkan ialah apabila mereka umum nak bayar pampasan sebanyak RM 500 juta kerana mahu membatalkan projek High Speed Rail dalam keadaan hutang Negara yang kritikal.
Kalau diorang dah tau keadaan hutang Negara pada ketika ini sedang kronik, apa kejadahnya diorang masih nak sibuk bayar tayang percuma World Cup dan bayar pampasan kepada Negara luar?
Kalau setakat nak bayar hutang Negara ni, padan kutip derma dari anak beranak PM ke - 7 dan kroni - kroni dia je. Kot selama hari ini pun, dah beratus - ratus billion diorang rembat duit rakyat dan menjadikan ianya sebahagian dari kekayaan peribadi mereka sendiri!!!
Sumber asal: "TABUNG MILO REJIM" JADI BAHAN LAWAK NETIZEN???
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment