DAH TERLAJAK KATA BARU NAK MINTAK MAAF???

Posted by Kerah Lekung on Thursday, 24 May 2018

DAH TERLAJAK KATA BARU NAK MINTAK MAAF???.

Ini yang orang tua - tua kata, kalau ikut rasa marah, parah jadinya. Bila terlalu ikutkan emosi, maka sanggup dia menabur fitnah dan membuat tuduhan melulu sehingga memalukan diri sendiri.


Ternyata, apa yang diluahkan oleh Ketua Pengarah SPRM dalam sidang media yang diadakan semalam semuanya hanya berunsurkan rasa dendam peribadi dia sendiri. Bukan kepada bukti.


Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila dia secara bersembunyi meminta maaf kepada bekas Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Dzulkifli melalui aplikasi pesanan mesej Whatsapp sahaja.


Apa yang pasti, Integriti pasukan penyiasat yang dilantik Rejim Pakatan baru ini pada ketika ini sudah terjejas dan perkara itu sedang menjadi bahan persoalan dikalangan rakyat ketika ini.


Jelas mereka, perjalanan siasatan itu nanti akan dipengaruhi dengan sikap prejudis serta rasa dendam terhadap mereka yang terlibat. Malah keputusan siasatan itu juga dianggap berat sebelah.


Makanya, mereka menyarankan agar Ketua Pengarah SPRM yang dilantik oleh Rejim Pakatan baru itu digugurkan agar ketelusan serta kebenaran dapat ditegakkan tanpa melibatkan sentimen Politik Peribadi yang berdasarkan dendam semata - mata!!!

Sumber asal: DAH TERLAJAK KATA BARU NAK MINTAK MAAF???

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment