VIDEO MATI KATAK : MAHATHIR MOHON MAAF ATAS KECELUPARAN

Posted by Kerah Lekung on Monday, 7 May 2018

VIDEO MATI KATAK : MAHATHIR MOHON MAAF ATAS KECELUPARAN.
Selepas menggelar 14 individu yang maut dalam tragedi Memali sebagai ‘mati katak’, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memohon maaf pada keluarga mangsa tragedi hitam tahun 1985 itu.

Permohonan maaf itu dipercayai selepas beliau merasakan terkesan dengan sokongan rakyat terhadapnya atas kenyataan biadab itu.

Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan kata-katanya itu adalah bagi membalas tuduhan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadapnya.

“Dalam ucapan, saya kadang-kadang tersilap kata. Saya minta maaf jika saya menyebabkan kemarahan orang-orang tertentu.

“Sebenarnya, saya bercakap mengenai Memali kerana Hadi lebih awal lagi menuduh saya terbabit dengan kematian polis dan orang ramai dalam peristiwa Memali.

“Baru-baru ini, dia (Hadi) berkata macam-macam terhadap saya, termasuk (mendakwa) saya diperalat oleh DAP, selain dia berkata PAS tidak pernah mengkafirkan UMNO.

“Ini semua orang tahu, bahawa PAS memang mengkafirkan UMNO, sebab itu saya perlu jawab, (namun) mungkin perkataan saya itu terkasar. Saya minta maaflah kepada keluarga yang terbabit dalam kejadian Memali,” katanya menerusi video dimuat naik di Facebook rasminya, pada Jumaat.

Semalam, ketika berucap pada Ceramah Perdana bersama Calon PKR Lembah Pantai di pekarangan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di Kuala Lumpur, Mahathir mendakwa 14 mangsa yang terkorban dalam tragedi berdarah Memali pada 19 November 1985 sebagai ‘mati katak’, bukan mati syahid.

Peristiwa Memali yang berlaku di Kampung Memali, Baling, Kedah, itu menyaksikan pertempuran anggota keselamatan dengan penduduk kampung dan pengikut Ibrahim Libya sehingga mengorbankan Ibrahim dan 17 yang lain termasuk empat anggota polis, berpuluh-puluh lain cedera serta beratus-ratus orang ditahan.


Sumber asal: VIDEO MATI KATAK : MAHATHIR MOHON MAAF ATAS KECELUPARAN

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment