BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan menjadi pentas pertama dan terakhir untuk Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding atas tiket PPBM.
Beliau berkata, bekas perdana menteri itu tidak mampu kerana faktor usianya yang mencecah 93 tahun dan juga faktor kesihatan.
“Dia (Dr Mahathir) boleh bercakap apa sahaja…Kita dalam (Barisan Nasional) BN akan pastikan inilah kali pertama dan terakhir buat Dr Mahathir bertanding di bawah tiket pembangkang dan PPBM,” katanya pada sidang media di sini, hari ini, dipetik FMT.
Semalam, Dr Mahathir yang juga calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Langkawi, dalam satu sidang akhbar di Putrajaya berkata, beliau akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada PRU14.
Sementara itu, Zahid yang juga naib presiden Umno yang menjalankan tugas timbalan presiden, berkata tindakan tegas akan diambil terhadap semua ahli parti yang bertindak mengkritik, menghentam dan berpaling tadah daripada Umno pada ceramah pembangkang.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata, keahlian 3 veteran Umno yang juga bekas menteri, iaitu Tan Sri Rafidah Aziz, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Dr Rais Yatim digugurkan berkuatkuasa semalam kerana menyokong parti pembangkang, selain menghentam Umno.

Sumber asal: Ini kali pertama dan terakhir Dr M bertanding tiket pembangkang
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment