Pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan menjadi pentas pertama dan terakhir untuk Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding atas tiket pembangkang.
Mengulas lanjut, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ia disebabkan faktor usianya yang mencecah 93 tahun serta tahap kesihatan yang tidak memuaskan.
“Dr Mahathir boleh bercakap apa sahaja.
“BN akan pastikan inilah kali pertama dan terakhir buat beliau bertanding di bawah tiket pembangkang dan PPBM,” katanya di Bagan Datuk hari ini.
Semalam, bekas Presiden UMNO dilaporkan berkata, beliau akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada PRU14.
Dr Mahathir juga adalah calon perdana menteri pembangkang dan kerusi parlimen Langkawi.
Sementara itu, Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata tindakan tegas akan diambil terhadap semua ahli parti yang bertindak mengkritik kepimpinan negara termasuk menggunakan pentas pembangkang.
Terdahulu Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata, keahlian tiga veteran UMNO iaitu Tan Sri Rafidah Aziz, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rais Yatim digugurkan berkuatkuasa semalam.
Bagaimanapun, terbaharu, Rais belum digugurkan sebaliknya masih dalam siasatan lembaga disiplin parti.

Sumber asal: Zahid: PRU14 pentas terakhir Mahathir
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment