Benarkah Mahathir Orang Terkaya Di Malaysia?.
Siapakah sebenarnya individu bernama Abdul Hamid yang tiba-tiba muncul dan mendapat perhatian luar biasa pada hari ini, terutama sekali daripada pihak DAP?
Chong Zhemin, Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Negeri Perak merangkap Setiausaha Politik bekas Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming segera menggunakan isu yang dibangkitkan itu dengan membawanya ke pengetahuan SPRM menerusi laporan yang dibuat kepada pihak Polis.
Dalam kenyataan medianya, Chong Zhemin berkata laporan SPRM itu dibuat kerana dakwaan terbaru oleh Abdul Hamid bahawa Tun Mahathir menyerang DS Najib kerana Najib telah menghalang Mahathir daripada membawa masuk dana berjumlah RM1.194 Trilion ke Malaysia, sekaligus menjadikan Mahathir secara tidak rasmi merupakan orang yang terkaya di dunia.
"Bekas rakan karib Tun Mahathir, Abdul Hamid mendakwa, antara alasan yang menyebabkan Mahathir menyerang Najib adalah kerana Mahathir gagal memindahkan wang berjumlah RM1.194 trilion ke Malaysia. Abdul Hamid juga mendakwa, Najib sebagai Menteri Kewangan enggan menandatangani dokumen penting yang membolehkan dana tersebut dibawa masuk.
"Seandainya pendedahan tersebut adalah benar, ianya amat memeranjatkan dan telah memecahkan tiga rekod dunia sekaligus.
"Pertama, dengan RM1.194 Trilion (USD279 bilion), akan menjadikan Mahathir sebagai orang yang terkaya di dunia, di mana nilai kekayaan bersihnya akan menjadi 3.5 kali ganda lebih tinggi daripada orang terkaya di dunia menurut Forbes 2015 yang hanya memiliki USD79.2 bilion.
"Kedua, dengan RM1.194 trilion dana yang dimiliki oleh Mahathir itu, akan menjadikan dia satu-satunya bekas Perdana Menteri di dunia yang mempunyai kekayaan terkumpul bersamaan dengan 4.47 kali ganda berbanding dengan belanjawan negara. Jumlah perbelanjaan Malaysia seperti yang dinyatakan di dalam belanjawan 2016 adalah RM267 Bilion sahaja.
"Ketiga, Mahathir juga merupakan satu-satunya bekas Perdana Menteri di dunia yang mempunyai kekayaan luar biasa yang boleh membayar keseluruhan hutang luar negara Malaysia. Hutang luar negara sekarang ini adalah berjumlah RM740.7 Billion.
"Mahathir perlu menjelaskan bagaimana dia memperolehi kekayaan luar biasa tersebut yang merupakan 3.5 kali ganda berbanding dengan kekayaan bersih Bill Gates, 4.47 kali ganda berbanding belanjawan negara dan 1.6 kali ganda berbanding hutang luar negara Malaysia. Dia perlu menjelaskan dari mana sumber kewangannya dan juga jumlah cukai yang telah dibayar daripada kekayaan luar biasa itu.
"DAP Perak hari ini telah membuat laporan rasmi di SPRM Ipoh ke atas Tun Mahathir berdasarkan dakwaan oleh Abdul Hamid. Saya menggesa, SPRM untuk melakukan siasatan forensik sekiranya RM1.194 trilion dana yang dimiliki oleh Mahathir adalah secara haram dan tidak sah, juga mengambil tindakan segera sekiranya terdapat sebarang salahguna kuasa dan salah laku." - Chong Zhemin.
Nota Kaki: Sebahagiannya mungkin merupakan DUIT Notes RM1,000 dan RM500 yang pernah diterbitkan oleh BNM di zaman Tun Mahathir yang dikatakan tersimpan di Bank of Swiss, juga di bank di Macau. Ia kini telah menjadi notes yang tidak sah kerana telah dibatalkan.
Pergeseran TM dan DSN bermula apabila DSN tidak mahu endorsed Mukhriz selaku Naib Presiden UMNO. Sebaliknya menyokong DsAZH, H2O dan SA untuk jawatan tertinggi parti.
TM kemudian menggunakan Muhyiddin, SR dan WSJ untuk serang DSN.. STRATEGI YANG DIGUNA ADALAH PEMBUNUHAN.KAREKTOR. Mahathit kemudian bersekongkol dengan Muhyiddin dan Shafie Afdal dengan menjadikan 1MDB sebagai kambing hitam dan batu loncatan untuk mendesak dan menjatuhkan Najib.
Apabila Mukhriz tersingkir sebagai MB Kedah.. TM mula menyerang DSN secara terbuka. Percubaan untuk kemuka usul UNDI TIDAK PERCAYA di PAU2016 dan PAU2017 telah gagal. DSN dan DSAZH kekal jawatan masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden tanpa bertanding. Ekoran itu Pemilehan MT, Bahagian dan Cawangan ditangguh sehingga 9 April 2019, menutup ketat sebarang peluang Mukhriz untuk menjadi Presiden. So TM memutuskan untuk menubuhkan PPBM. Dia ingat semua ahli UMNO akan ikut dia keluar parti tetapi tidak. Akhirnya beliau terpaksa bersekongkol dengan PKR dan DAP.
K7L : Madey End..
Sumber asal: Benarkah Mahathir Orang Terkaya Di Malaysia?
Home » Keris Tujuh Lok » Benarkah Mahathir Orang Terkaya Di Malaysia?
Benarkah Mahathir Orang Terkaya Di Malaysia?
Posted by Kerah Lekung on Sunday, 6 May 2018
Labels:
Keris Tujuh Lok
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment