UMNO BUKAN PERTUBUHAN HARAM SEPERTI DITUDUH PEGUAM MAHATHIR

Posted by Kerah Lekung on Thursday 19 April 2018

UMNO BUKAN PERTUBUHAN HARAM SEPERTI DITUDUH PEGUAM MAHATHIR .


Semakin terdesak sudah Peguam Mahathir iaitu Haniff Khatri yang dimaklumkan akan mengheret esok UMNO ke Mahkamah untuk pembubaran . 
Sudah sudahla mamak lawyer ni ...niat jahat hang tak akan berjaya ...
UMNO bukan parti lahir di  jalanan seperti PKR la atau parti bunge yang sedang diharamkan sementara kerana masalah tak buat mesyuarat cawangan ...
UMNO sentiasa mematuhi undang-undang ROS dan buktinya telah menerima surat rasmi ROS yang meluluskan pemilihan MT UMNO selewat-lewatnya 19 April 2019 !!
Dengan macai bunge boleh la hang memperbodohkan ....

 KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menasihati ahli UMNO di seluruh negara agar tidak merasa risau dan gelisah dengan dakwaan yang mengatakan UMNO kini adalah sebuah pertubuhan polltik haram, kerana melanggar undang-undang Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) serta tidak sah untuk bertanding pada Pilihanraya Umum ke 14 yang akan datang ini.
Dakwaan tersebut menular di rangkaian media sosial baru-baru ini menurut beliau, hanyalah permainan politik pihak tertentu untuk menimbulkan kegusaran dan kekeliruan di kalangan rakyat termasuk di kalangan ahli UMNO sendiri.
“Saya sedar bahawa penularan mesej yang mendakwa UMNO haram ini telah menimbulkan keresahan di peringkat akar umbi. Namun pada hemat saya akar umbi UMNO tidak sepatutnya merasa risau dan gelisah kerana dakwaan tersebut tidak benar.
“Ini adalah kerana Pendattar Pertubuhan (ROS) telah diberi kuasa di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan kuasa tambahan (residual powers) di bawah Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966, yang memberi kuasa untuk ROS membenarkan perlanjutan masa kepada UMNO untuk mengadakan pemilihan di peringkat Majls Tertinggi UMNO bagi tahun 2017 sehingga April 2018.
“Kebenaran yang dibuat oleh ROS itu berdasarkan kuasa tambahan yang diperuntukkan kepada Pendaftar Pertubuhan yang telah dilaksanakan mengikut lunas undang-undang.
“UMNO juga telah menerima surat rasmi Pendaftar Pertubuhan Malaysia bertarikh 31 0ktober 2017  dialamatkan kepada pejabat Setiausaha Agung UMNO Malaysia yang membenarkan pemilihan Majlis Tertinggi UMNO dijalankan selewat-lewatnya pada 19 April 2019,” ujarnya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Justeru, kata Tengku Adnan lagi, UMNO menghormati dan akan sentiasa mematuhi kebenaran yang telah diberikan oleh Pendattar Pertubuhan berhubung soal pemilihan Majlis Tertinggi UMNO tersebut.
“Saya menyarankan agar ahli-ahli UMNO untuk terus kekal komited dan memberikan fokus serta bekerja keras bagi memastikan kemenangan besar UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke 14 pada 9 Mei ini,” tegasnya. -MediaUMNO

Sumber asal: UMNO BUKAN PERTUBUHAN HARAM SEPERTI DITUDUH PEGUAM MAHATHIR

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment