PKR DAKWA TUN M LEBIH SAYANGKAN "KARTEL KONSESI"!!!

Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 3 April 2018

PKR DAKWA TUN M LEBIH SAYANGKAN "KARTEL KONSESI"!!!.
Dalam diam, PKR cuba memburukkan Tun Mahathir dengan memberikan gambaran kononnya bekas Perdana Menteri itu masih sayangkan kartel konsesi tol yang diwujudkan sebelum ini.


Dalam kenyataan yang dibuat sebelum ini, Wan Azizah mendakwa Pengerusi Pakatan Haprak tu terpaksa bersetuju dengan cadangan untuk memansuhkan konsesi tol di Malaysia.


Umum mengetahui bahawa kartel konsesi tol yang sedia ada pada ketika ini diwujudkan sewaktu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dan kebanyakkan konsesi itu diagih kepada kroni - kroninya.


Bahkan, puak Pakatan Haprak itu sebelum ini turut menjadikan isu berkaitan yang dengan amalan Kronisme sebagai bahan untuk mengutuk serta mempertikaikan pentadbiran Tun Mahathir.


Namun apa yang jelas, tindakan yang cuba dilakukan oleh puak Pakatan Haprak tu pada hari ini hanya sekadar mahu memalukan bekas Perdana Menteri itu secara terang - terangan.


Maka sebab itu mereka menjanjikan manifesto yang tidak masuk akal seperti pemansuhan konsesi tol yang pada hakikatnya terpaksa dibayar dengan harga tinggi walaupun cadangan tersebut tidak dipersetujui oleh Tun Mahathir secara terbuka!!!

Sumber asal: PKR DAKWA TUN M LEBIH SAYANGKAN "KARTEL KONSESI"!!!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment