KELUAR KERANA ENGGAN JADI TUKANG SORAK DAPigs!!!

Posted by Kerah Lekung on Thursday 19 April 2018

KELUAR KERANA ENGGAN JADI TUKANG SORAK DAPigs!!!.
Bekas pengarah Pilihan Raya PAN Selangor, Jaafar Samsuddin berkata tidak tersenarai sebagai calon dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bukanlah faktor yang mendorong beliau keluar daripada parti itu.

Jaafar berkata sebab utama beliau berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap kepimpinan parti yang tidak menghiraukan suara ahli parti serta beberapa alasan peribadi.

“Kalau suara sebagai ahli mahupun yang berjawatan penting dalam parti langsung tidak dihiraukan kepimpinan, apa gunanya lagi berada dalam parti,” kata Jaafar.

Beliau semalam dilaporkan menghantar surat peletakan jawatannya itu kepada PAN Selangor dan nasional sebelum memutuskan untuk turut keluar daripada parti berkenaan.

Jaafar yang keluar daripada PAS dan menyertai pada 2016, turut menegaskan kurangnya sikap saling menghormati, tidak mendengar pendapat sesama sendiri termasuk daripada akar umbi dan kecelaruan arah tuju perjuangan PAN, antara faktor penarikan dirinya daripada terus menerajui jentera serta menganggotai parti berkenaan.

“Saya diberi jawatan penting untuk menghadapi pilihan raya, tetapi suara dan pendapat saya tidak didengari dan dihormati kepimpinan serta ahli parti, saya rasa tidak berguna lagilah saya memegang jawatan itu. Malah suara saya sebagai ahli parti juga tidak dihiraukan.

“Saya memegang amanah (jawatan) yang diberikan dan melaksanakannya menggunakan segala pengalaman yang saya ada, tetapi ada pula yang datang mendabik dada mempertikai kredibiliti saya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, gelaran “kolot” dan ketinggalan zaman yang dilemparkan kepada beliau selaku pengarah pilihan raya dilihat menjejaskan imejnya sedangkan gerak kerja yang diatur bagi menghadapi perang PRU14 bukan sekadar menjadi tukang sorak.

Sumber asal: KELUAR KERANA ENGGAN JADI TUKANG SORAK DAPigs!!!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment