FAKE NEWS DISEBARKAN PEMBANGKANG MEMBURUKKAN BN SABAH

Posted by Kerah Lekung on Friday 20 April 2018

FAKE NEWS DISEBARKAN PEMBANGKANG MEMBURUKKAN BN SABAH .






Tular di dalam aplikasi sembang Whatsapp dan Facebook kononnya seorang ahli politik Barisan Nasional Sabah telah terlibat di dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Turut disebarkan adalah gambar sekotak wang yang kononmya ditemui bersamanya ketika kemalangan tersebut

SEBENARNYA
Memetik laporan dari portal China Press, kemalangan terbabit bukan membabitkan Datuk Ajan, pemimpin UMNO semporna,  tetapi melibatkan pemandunya  dan dua individu lain dipercayai keluarga beliau dan tidak ditemui kotak yang berisi wang seperti yang ditularkan di laman-laman media sosial.
Mesej wang di dalam kotak yang dikepilkan bersama mesej berkenaan yang kononnya ditemui bersama mangsa itu adalah gambar berbeza dalam kes wang palsu yang berlaku pada Februari 2018 lalu, pihak PDRM  telah menafikan kesahihan mesej bergambar berkenaan. 
Sikap pihak pembangkang menggabungkan pelbagai sumber berita berbeza dah dijadikan satu berita untuk dikaitkan dengan pimpinan Barisan Nasional adalah sangat tidak bertanggungjawab. Rakyat diminta untuk tidak mempercayai situasi ini.


Sumber asal: FAKE NEWS DISEBARKAN PEMBANGKANG MEMBURUKKAN BN SABAH

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment