CAKAP ORANG PERMATANG PAUH MAHU PILIH CALON & PARTI BOLEH BERKHIDMAT

Posted by Kerah Lekung on Saturday, 21 April 2018

CAKAP ORANG PERMATANG PAUH MAHU PILIH CALON & PARTI BOLEH BERKHIDMAT .



Mood Barisan Nasional kali ini bagi menghadapi PRU14 nampak semakin positif dengan  winning mentality cukup tinggi yakin  BN kali ini boleh melakar sejarah di Permatang Pauh . 

Seperti kata Datuk Zaidi , situasi hari ini cukup berbeza dengan PRU & PRK  sebelum ini di mana BN boleh memasuki semua tempat dan diterima baik masyarakat . 

Antara faktor ialah gerak kerja sudah 5 tahun oleh Barisan Nasional  serta kekecewaan rakyat terhadap perkhidmatan wakil rakyat PKR .


Kalau orang luar bercakap BN Permatang Pauh sekadar sembang saja , mereka itu tentunya tidak pernah turun ke  akar umbi di sini dan mendapat feedback dari rakyat .

BN dan PAS nampak dilihat bersedia untuk PRU14 berbanding PKR yang dilihat masih bermain teka teki siapa nak bertanding di DUN dan Parlimen di sini . 

Mungkin seperti kata Prof Hoo , semua takut kalah jika bertanding di kawasan majoriti Melayu berbanding kerusi marginal . 
















Sumber asal: CAKAP ORANG PERMATANG PAUH MAHU PILIH CALON & PARTI BOLEH BERKHIDMAT

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment