Ketika Akta Anti Berita Tidak Benar diluluskan di Parlimen , Bekas Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin mendakwa konon akta ini akan menyekat kebebasan media .
Hakikatnya beliau yang menyebarkan berita PALSU di media sosial dan menghasut rakyat dengan menuduh bahawa peta Malaysia kini menjadi negara China tajaan YAB PM .
Ia merupakan tuduhan jahat kepada YAB PM yang bertujuan membangkitkan kebencian rakyat kepada pemimpin No 1 Negara dan kerajaan .
Walhal projek seperti MCKIP Kuantan Port , ECRL , EDRA Power , Bandar Malaysia , Melaka Gateway adalah pelaburan daripada negara China ke negara kita yang banyak memberi manfaat kepada ekonomi negara dan peluang pekerjaaan . Contohnya , Melaka Gateway bernilai RM43 bilion meletakkan sasaran untuk mengambil alih Singapura sebagai pelabuhan terbesar di rantau ini .
Walaupun sudah dijawab berulangkali , Pakatan Harapan terus menuduh , memfitnah dengan menyebarkan berita palsu seperti ini tentang pelaburan dari negara China konon menjual kedaulatan negara.
Kepada pengundi Seberang Jaya , jika beliau bertanding lagi di kawasan ini wajar ditolak terus kerana perangai memfitnah dan menyebar berita palsu ini tidak layak menjadi wakil rakyat kerana suka menipu .
1 ) Bandar Malaysia terus kekal 100 peratus milik negara
2. Pelaburan 2 syarikat China lonjak Melaka Gateway
4 http://www.themalaymailonline.com/money/article/edra-power-poised-to-raise-rm5.28b-for-melaka-plant
Kerajaan tidak jual kedaulatan negara kepada China
KUANTAN 17 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak tindakan pembangkang yang menuduh kononnya kerajaan ‘menjual’ kedaulatan negara apabila memeterai perjanjian pelaburan dengan syarikat dari China baru-baru ini.
Perdana Menteri berkata, tuduhan sedemikian tidak adil kerana pelaburan berkenaan memberi manfaat besar kepada rakyat seperti pelaksanaan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sepanjang 620 kilometer yang menghubungkan ibu negara dan negeri-negeri di Pantai Timur.
Mereka kata kita jual kedaulatan negara kepada China tetapi dahulu apabila Dasar Pandang Ke Timur (diperkenalkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) dan pelaburan Jepun di Malaysia, tidak pula timbul isu jual negara.
“Apa yang berlaku dahulu dan kini sama sahaja iaitu mewujudkan pekerjaan serta mengembangkan ekonomi negara dengan berpegang kepada dasar keadilan, sekali gus memberi manfaat kepada semua,” katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Ke-31 Gabungan Persatuan Cina Pahang (GBCP) di sini malam ini.
Yang hadir sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden GBCP, Tan Sri Pheng Yin Huah.
Menurut Najib, beliau akan memastikan semua pihak mendapat manfaat daripada kerjasama dan pelaburan tersebut.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kejayaan membawa pelaburan berjumlah RM144 bilion dari China adalah hasil hubungan baik antara dua negara yang terjalin sejak pentadbiran bapanya ketika menjadi Perdana Menteri.
Dalam pada itu, beliau mengajak semua pertubuhan Cina agar meletak kepercayaan sepenuhnya kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dalam membawa Malaysia ke fasa seterusnya.
“Beri kepercayaan kepada kerajaan ini kerana kita sudah membuktikan mampu mentadbir dengan cukup baik,” katanya.
Sumber asal: BEKAS ADUN PKR SBRG JAYA SEBAR BERITA PALSU TUDUH NEGARA DIJAJAH CHINA
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment