AZMIN KENA PERLI, BAGI DEDAK KEPADA RAKYAT!!!

Posted by Kerah Lekung on Monday 16 April 2018

AZMIN KENA PERLI, BAGI DEDAK KEPADA RAKYAT!!!.
Pengkritik sosial ternama Chandra Muzaffar berkata “malang” sekali pembangkang juga memberi sumbangan kepada rakyat sebelum PRU14 dan menyifatkan budaya “sumbangan” kini menjadi lebih tersusun.


Dia berkata demikian selepas Si Azmin Ali dilaporkan turut mengagihkan wang tunai dan gajet bernilai RM2.24 juta kepada pengundi di Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa.


Chandra, yang pernah menjadi Timbalan Presiden PKR berkata, dia tidak ingat sama ada perkara sebegitu pernah berlaku semasa dia masih lagi bersama di pihak politik pembangkang.


“Kita peka terhadap perkara ini dan umumnya memastikan calon kita pada masa itu tidak melakukannya.


“Sepatutnya rakyat perlu menolak hadiah sedemikian, tetapi saya tidak pasti jika orang ramai akan menolak pemberian komputer riba. Dalam memperjuangkan integriti dan menjamin kejujuran, parti politik mesti mematuhi piawaian etika.”


Pemangku Pengerusi Bersih Shahrul Amam Saari berkata, Azmin tidak sepatutnya mencontohi amalan memberi “sumbangan” begitu hampir dengan pilihan raya dan menyifatkan ianya bukan teladan yang baik.

Sumber asal: AZMIN KENA PERLI, BAGI DEDAK KEPADA RAKYAT!!!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment