Tiada kompromi pada samseng politik: Ahmad Zahid

Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 1 May 2018

Tiada kompromi pada samseng politik: Ahmad Zahid.
BAGAN DATUK: Tindakan segelintir penyokong parti merosakkan bahan kempen calon bertanding pada PRU14 mencerminkan budaya samseng.
 
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr  Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai sebuah negara demokrasi pemimpin parti bertanding perlulah menasihatkan penyokong-penyokong mereka agar tidak melakukan perbuatan seumpama itu.
 
"Saya dapat laporan ada dua peristiwa terjadi semalam iaitu di Kuching, Sarawak ada calon BN van yang digunakan untuk berkempen kena pecah manakala di Muar pula poster calon BN dirosakkan.
 
"Kenapa perlu rosakkan poster orang, rosakkan kenderaan orang? Ini negara demokrasi adakah dengan cara itu dapat tambah undi?" soalnya ketika sidang media selepas Ceramah BN bersama calon Kerusi Parlimen Bagan Datuk dan Dun Hutang Melintang di Dewan JKKK Hutan Melintang, malam tadi.
 
Tambahnya, sikap seperti itu bukan membantu parti terlibat menambah undi tetapi boleh menyebabkan mereka hilang undi kerana mengamalkan politik tidak matang dan budaya samseng.
 
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut memaklumkan pihaknya sudah memaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan mana-mana pihak terlibat dalam insiden seumpama itu.
 
"Mereka yang terlibat tidak kira orang dalam atau pihak luar tidak akan terlepas dari menerima tindakan setimpal kerrana perbuatan ini bercanggah denagn amalam demokrasi negara kita.
 
"Jika yang lakukan itu orang dalam, dia akan masuk dalam dan jika orang itu orang luar, dia juga akan masuk dalam kerana PDRM tidak akan  berkompromi dan akan mengenakan tindakan tegas," katanya.
 
Ahmad Zahid berkata dia juga turut menasihatkan Briged Tempur Bagan Datuk agar berdisplin dan menjaga etika apabila berkempen di Parlimen Bagan Datuk.
 
"Saya juga minta mereka jika terlihat bendera parti lain terjatuh tolong naikkan kembali dengan harapan mereka juga akan berbuat begitu pada bendera BN dan inilah amalan demokrasi," katanya

Sumber asal: Tiada kompromi pada samseng politik: Ahmad Zahid

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment