AZMIN DAKWA PARTI LAIN HANYA IBARAT "LANGAU"!!!

Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 1 May 2018

AZMIN DAKWA PARTI LAIN HANYA IBARAT "LANGAU"!!!.
Selepas puas dia menghina "Orang Melayu Dah Lama Mati" di Permatang Pauh sebelum ini, Si Azmin Ali tu sekali lagi dengan lagak angkuh memperlekehkan parti lain yang bertanding dalam PRU kali ini.


Antara lain, Si Azmin Ali tu mendakwa parti yang selain dari Barisan Nasional atau Pakatan Haprak tu hanya ibarat Pengacau Undi semata - mata. Maka parti itu tidak perlu diberikan perhatian.


Sebagai rekod, selain dari Barisan Nasional dan Pakatan yang diwakili parti PKR, terdapat juga parti lain yang turut bertanding dalam Pilihan Raya Umum kali ini termasuk PAS yang sudah meninggalkan Pakatan.


Malah ada juga beberapa parti yang tidak sealiran dengan Pakatan turut bertanding kerana tidak berpuas hati terhadap pendirian gabungan pembangkang itu yang menerima Tun Mahathir.


Dari satu sudut, kenyataan Si Azmin Ali itu membuktikan bahawa Pakatan Haprak tidak menghormati kebebasan Demokrasi yang diamalkan di Malaysia walaupun selama ini mereka sendiri yang sering membuat tuntutan ke atas Hak Kebebasan dikalangan rakyat!!!

Sumber asal: AZMIN DAKWA PARTI LAIN HANYA IBARAT "LANGAU"!!!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment