KETUA AMK NEGERI & 100 AHLI KELUAR PARTI TAMPARAN HEBAT KEPADA PKR .
Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Asrol Sani Abdul Razak hari ini mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas alasan kelemahan pimpinan parti membela kepentingan parti dan ahlinya di negeri berkenaan.
Hampir 100 ahli dari lima cabang di Pulau Pinang turut keluar parti bersama beliau.
Menurut Asrol Sani, PKR Negeri juga gagal membawa suara dan tuntutan ahli parti kepada kerajaan negeri pimpinan DAP.
Malah, Ketua Menteri Lim Guan Eng dilihat menguasai keputusan dan dasar diambil PKR Negeri.
Ujarnya lagi, Pengerusi PKR Negeri, Datuk Mansor Othman gagal dalam membela permintaan ahli dan pemimpin akar umbi apabila melepaskan kerusi DUN Bertam kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Jelasnya, Datuk Mansor mengambil keputusan itu atas sebab peribadi kerana tidak mahu Asrol Sani selaku penyelaras KADUN diberi kerusi berkenaan untuk bertanding.
Menurut Asrol Sani lagi, lebih ramai ahli parti khususnya golongan muda akan menyusul keluar dari parti dalam masa terdekat.
Komen GPB
Apa sudah jadi AMK P.Pinang ?? Patut la jentera PKR tidak bermaya dan lesu di negeri ini kecuali beberapa tempat terutama seat PKR bertanding seperti Pmtg Pauh & Nibong Tebal .
Bila jentera tiada, patut la petugas BN nampak dihantar pasukan khas syarikat dengan lori memasang bendera PKR di waktu malam.
Jentera tak ada tak pa tapi kewangan ada . Itu tidak menjadi masalah sebab juga sudah ada menjadi pemerintah kerajaan negeri.
Sumber asal: KETUA AMK NEGERI & 100 AHLI KELUAR PARTI TAMPARAN HEBAT KEPADA PKR
Home » Generasi Pejuang Bangsa » KETUA AMK NEGERI & 100 AHLI KELUAR PARTI TAMPARAN HEBAT KEPADA PKR
KETUA AMK NEGERI & 100 AHLI KELUAR PARTI TAMPARAN HEBAT KEPADA PKR
Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 1 May 2018
Labels:
Generasi Pejuang Bangsa
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment