SARAWAK REPORT MENIPU LAGI

Posted by Kerah Lekung on Sunday 11 March 2018

SARAWAK REPORT MENIPU LAGI.
KUALA LUMPUR – Jumaat, 9 Mac 2018: Artikel Sarawak Report bertarikh 2 Mac 2018 dan penyebaran maklumat berhubung dakwaan kononnya FELDA pernah bersetuju untuk melabur di dalam syarikat Ladylaw Securities Pte Ltd pada 1 April 2013 adalah TIDAK BENAR.

FELDA TIDAK PERNAH meluluskan sebarang pelaburan dengan syarikat Ladylaw Securities Pte Ltd.

FELDA ingin menegaskan bahawa surat yang dilampirkan di dalam artikel portal Sarawak Report berkaitan persetujuan pelaburan berjumlah USD1 Billion juga adalah PALSU.

Pihak yang terlibat digesa untuk menghentikan sebaran maklumat yang palsu ini.

Orang ramai dinasihatkan agar lebih bertanggungjawab dan tidak menyebarkan maklumat yang mengandungi unsur fitnah.


Sumber asal: SARAWAK REPORT MENIPU LAGI

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment