KERAJAAN DAP & AZMIN ALI, MANA PERGI RM22.3 BILLION?

Posted by Kerah Lekung on Sunday 11 March 2018

KERAJAAN DAP & AZMIN ALI, MANA PERGI RM22.3 BILLION?.
Berikutan daripada penderitaan masaalah air yang sedang di hadapi oleh rakyat negeri Selangor di bawah pemerintahan kerajaan DAP, Ahli Parlimen Sungai Besar telah tampil dengan mengatakan bahawa kerajaan negeri sehingga kini gagal menangani masalah bekalan air terawat meskipun Kerajaan Persekutuan difahamkan telah menyediakan peruntukan kira-kira RM22.3 bilion dalam tempoh 10 tahun sejak 2010 untuk tujuan berkenaan.

Jelas Budiman lagi bahawa, selain sasaran pengurangan kadar air tidak terhasil (NRW) pada kadar 28 peratus belum dicapai, masalah bekalan air terawat dilihat semakin parah sehinggakan penduduk di kawasan Cheras semalam dilaporkan terpaksa bangkit menuntut penyelesaian segera diambil pentadbiran Mohamed Azmin.

Menurut Budiman Mohd Zohdi yang merupakan Ahli Parlimen Sungai Besar, apabila membicarakan isu perkhidmatan bekalan air di Selangor serta kawasan di Lembah Klang ini, beliau merasakan ia satu isu yang berulang-ulang setiap tahun, seolah-olah tiada jalan penyelesaian diambil secara serius oleh kerajaan negeri.

Daripada isu penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor yang belum dijayakan sepenuhnya, masalah NRW, sehinggalah kepada persoalan kualiti serta agihan bekalan air.

Namun kerajaan DAP negeri Selangor seakan-akan tidak mengambil berat akan perkara itu meskipun ia telah banyak menjejaskan kehidupan seharian rakyat.

Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Sungai Besar ini turut mengingatkan kerajaan DAP negeri Selangor supaya tidak menganggap pemberian bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu sebagai ‘umpan’ bagi menutup kelemahan kerajaan negeri dalam menguruskan bekalan air terawat kepada para pengguna kerana ia adalah tanggungjawab kerajaan negeri.

Selain itu, kerajaan DAP Selangor dan Azmin Ali perlu mendedahkan jumlah sebenar projek termasuk kos perbelanjaan yang telah dilaksanakan kerajaan PKR Selangor bagi meningkatkan perkhidmatan bekalan air kepada para pengguna di kawasan Lembah Klang termasuk di negeri ini.

Ps : Azmin Ali cakap duit ada berbillion-billion sehingga tidak tahu nak salurkan kemana, tetapi masalah air siap di “topup” oleh kerajaan persekutuan sebanyak RM22.3 Billion, namun masalah air tetap berlaku. Ini adalah bukti kegagalan kerajaan DAP Selangor yang jelas serta tidak mengutamakan kebajikan rakyat.

-Admin Syabas

Sumber asal: KERAJAAN DAP & AZMIN ALI, MANA PERGI RM22.3 BILLION?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment