KAJI SELIDIK INVOKE TIDAK BOLEH PAKAI

Posted by Kerah Lekung on Wednesday, 14 March 2018

KAJI SELIDIK INVOKE TIDAK BOLEH PAKAI.
Kaji selidik yang dijalankan Invoke Malaysia yang meramalkan bahawa Pakatan Harapan (PH) akan memenangi lima negeri termasuk Kedah, Perak dan Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bersifat berat sebelah.

Menegaskan demikian, anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kaji selidik itu tidak menyeluruh kerana menyebelahi pembangkang.

“Semua dia punya, ‘inclination report’ itu menyebelahi kepada satu pihak, hanya menyebelahi kepada Pakatan Harapan sebab (kaji selidik itu) Invoke Malaysia yang buat. Jadi, tak payah pakailah (kaji selidik) Invoke.

“Carilah (kaji selidik) yang lain untuk tengok dia punya analisis berkaitan pilihan raya umum,” katanya kepada media selepas melancarkan program Future Kids & My English Parlimen Bukit Gelugor, di George Town pada Ahad.

Invoke Malaysia, badan penyelidik yang diasaskan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, meramalkan PH akan memenangi Kedah, Perak, dan Johor dalam pilihan raya itu, PH akan juga akan mengekalkan Selangor dan Pulau Pinang yang dikuasai sekarang.

Sumber asal: KAJI SELIDIK INVOKE TIDAK BOLEH PAKAI

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment