PAS PUNCA KELANTAN MUNDUR, MISKIN – MAHATHIR

Posted by Kerah Lekung on Wednesday, 14 March 2018

PAS PUNCA KELANTAN MUNDUR, MISKIN – MAHATHIR.
Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang PAS dengan menyifatkan Kelantan kekal mundur sebagai negeri paling miskin di Malaysia sepanjang pentadbiran parti Islam itu.

“Kelantan merupakan negeri termiskin di Malaysia, pasal (Datuk Seri) Najib Razak lah bagi duit banyak,” kata bekas perdana menteri itu dengan nada menyindir.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menghadiri program Jelajah HARAPAN di Tanah Merah, pada Sabtu.

Sementara itu, Mahathir yang memimpin negara selama 22 tahu berkata, kerajaan di bawah pimpinannya cuba membantu kerajaan PAS Kelantan, namun gagal mendapat kerjasama baik.

“Kita (nak) bagi bantuan, tetapi kenalah dapat kerjasama daripada kerajaan Kelantan.

“Apabila kerajaan Kelantan maki-hamun kita… kita nak bagi duit dia maki kita, susahlah sikit,” katanya.

“Kita bagi, bukan tak bagi. Ada rekod dalam kerajaan yang kita bagi duit pada Kelantan, ” katanya.

Sebelum ini, PAS melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendawka Kelantan dipinggirkan Mahathir sepanjang Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menjadi Perdana Menteri.

Sumber asal: PAS PUNCA KELANTAN MUNDUR, MISKIN – MAHATHIR

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment