Pakatan Harapan (PH) mengumumkan pembahagian kerusi negeri untuk Pulau Pinang malam tadi.
Menurut Ketua Setiausaha Sekretariat PH Saifuddin Abdullah, daripada 40 kerusi negeri, DAP memonopoli 19 kerusi- Sungai Puyu, Bagan Jermal, Bagan Dalam, Prai, Jawi, Padang Kota, Pengkalan Kota, Komtar, Tanjung Bungah, Pulau Tikus, Air Putih, Air Itam, Seri Delima, Paya Terubong, Datuk Keramat, Batu Lancang, Sungai Pinang, Padang Lalang dan Berapit.
Dengan pengumuman itu, PKR akan mempertahankan 10 kerusi negeri miliknya kini- Seberang Jaya, Penanti, Pantai Jerejak, Batu Maung, Machang Bubuk, Bukit Tengah, Sungai Bakap, Batu Uban, Kebun Bunga dan Bukit Tambun.
PKR juga diberi peluang sekali lagi bertanding di empat kerusi yang tewas pada pilihan raya umum lalu iaitu Pulau Betong di Balik Pulau, Pinang Tunggal di Kepala Batas, Telok Air Tawar di Tasek Gelugor and Sungai Acheh di Nibong Tebal.
Pengumuman yang dibuat pada majlis sempena sambutan 10 tahun pemerintahan pembangkang di Pulau Pinang telah memberi empat kerusi kepada PPBM yang akan bertanding di Penaga dan Bertam di Kepala Batas, Permatang Berangan di Tasek Gelugor dan Teluk Bahang di Balik Pulau.
Sementara itu, parti serpihan PAS, Amanah pula akan bertanding di kubu kuat PAS, Permatang Pasir dan kerusi dipegang BN, Sungai Dua di Tasek Gelugor dan Bayan Lepas di Balik Pulau.
Sebelum ini PH Pulau Pinang menghadapi kesukaran pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana wujudnya pertindihan permohonan kerusi daripada Amanah, PPBM dan PKR.
13 kerusi Parlimen pula sudah diselesaikan Januari lepas, DAP akan mempertahankan tujuh kerusi dipegangnya – Bagan, Batu Kawan, Tanjung, Bukit Bendera, Jelutong, Bukit Gelugor dan Bukit Mertajam.
PKR akan mempertahankan Permatang Pauh, Nibong Tebal dan Bayan Baru. Ia juga akan cuba merampas kembali Balik Pulau daripada BN.
PPBM akan cuba merampas Tasek Gelugor manakala Amanah akan bertanding di Kepala Batas. Kedua-dua kerusi persekutuan itu dipegang BN.

Sumber asal: DAP MONOPOLI KERUSI DUN PULAU PINANG
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment