SHAH ALAM: Seorang penganalisis politik berkata penyebaran berita palsu terus berleluasa pada musim PRU14 ini walaupun sudah ada undang-undang berkuasa bertujuan untuk mengawal masalah ini.
"Sekarang kita dah ada akta, jadi apabila akta ini dikuatkuasakan maka perkara ini dapat disangkal," kata pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff.
"Jadi saya rasa, kerajaan perlu bertindak tegas bagi mengawal berita sebegini terus berlarutan," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui Twitter membidas parti pembangkang berkempen melalui fitnah dan berita palsu untuk meraih undi pada PRU14, semalam.
Kamarul Zaman berkata, beliau terkejut masih ada lagi berlaku berita tidak benar disebarkan walaupun Rang Undang-Undang (RUU) Anti-berita Tidak Benar telah diluluskan.
"Saya terkejut jugalah apabila benda membabitkan berita tidak benar ini terus berlaku walaupun kita telah meluluskan akta antiberita tidak benar di parlimen yang telah pun berkuatkuasa," tambahnya.
Beliau berkata, kerajaan perlu bertindak tegas untuk mengawal masalah ini daripada terus berlaku.
"Sekarang kita dah ada akta, jadi apabila akta ini dikuatkuasakan maka perkara ini dapat disangkal.
"Jadi saya rasa, kerajaan perlu bertindak tegas bagi mengawal berita sebegini terus berlarutan," katanya.
Sumber asal: 'Kerajaan perlu tegas kawal penyebaran berita palsu'
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment