Kenyataan panglima TLDM kena putar supaya dilihat sokong pembangkang

Posted by Kerah Lekung on Saturday, 5 May 2018

Kenyataan panglima TLDM kena putar supaya dilihat sokong pembangkang.
Mereka buat lagi dah! Kali ini Panglima Tentera Laut  DiRaja Malaysia (TLDM), Tan Sri Ahmad Kamarulzaman pula menjadi mangsa apabila kenyataannya pasal undi PRU14 di Facebook telah diputarbelitkan supaya ia kelihatan seperti beliau menyokong pembangkang.

Padahal kenyataan yang dibuat oleh beliau ialah satu peringatan kepada semua warga TLDM supaya menyemak daftar pemilih dan menggunakan hak mereka untuk mengundi.

Tetapi portal pembangkang telah menokok tambah dengan mendakwa kenyataan itu dibuat berikutan surat terbuka pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dua hari lepas yang meminta anggota tentera mengundi dengan bebas dan tanpa kekangan kepada mana-mana pihak pada pilihan raya ini.

Peluang itu turut disambar oleh puak pembangkang yang menularkan berita palsu itu menerusi akaun twitter.

Berikutan itu Ahmad Kamarulzaman terpaksa memberi penjelasan menerusi akaun twitternya yang berbunyi: "Saya kesal kenyataan saya #JomUndi di FB TLDM diputar belit oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka."

Berikut adalah kenyataan penuh FB Kamarulzaman:


MENGUNDI ADALAH HAK KITA. #JomUndi DAN TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA!

Sudahkah anda menyemak Daftar Pemilih melalui Laman Sesawang Rasmi SPR atau menerusi aplikasi MySPR Semak di telefon bimbit anda?

Pastikan kita ketahui Pusat Mengundi dan Saluran Mengundi kita. Bagi yang berkeluarga, bawa atau bantu pasangan kita atau ibubapa kita sekali.

Semua warga TLDM atau #NavyPeople dinasihatkan agar keluar awal, dan jalankan tanggungjawab kita dengan sebaik mungkin.

Patuhi langkah pengundian yang telah ditetapkan. Saya nasihatkan agar anda laksanakan pembuangan undi dengan penuh adab serta kekalkan tahap disiplin kita yang tinggi.

Panglima, Pegawai Memerintah, Pegawai Bahagian perlu membantu serta memastikan agar semua warga Navy People diberi kelepasan untuk mengundi serta faham akan hak mereka untuk menentukan agar masa depan negara kita, TLDM kita dan keluarga kita terus terjamin.

Rugi jika kita lepaskan peluang keemasan ini!

Janganlah dipengaruhi dengan hasutan-hasutan yang boleh menjejas keputusan pemilihan kita. Gunakan kebijaksanaan masing-masing berdasarkan fakta, pemerhatian, pencapaian yang dikecapi dan pengalaman kita sendiri.

Walau bagaimanapun, sebagai anggota tentera yang professional serta taat setia pada Raja dan Negara tercinta, semua warga TLDM dinasihatkan untuk tidak melibatkan diri dengan sebarang kegiatan politik.

Sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab undilah dengan penuh bijaksana.  Ketahuilah,  undi kita adalah RAHSIA

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman

Sumber asal: Kenyataan panglima TLDM kena putar supaya dilihat sokong pembangkang

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment