Chin Tong, adakah kamu terlalu terdesak untuk menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini sehingga sanggup menyerang seorang wanita?".
Soalan itu ditujukan oleh Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor kepada calon Parlimen Ayer Hitam, Liew Chin Tong.
Rizal turut berkata Chin Tong sebagai seorang yang bacul dan pengecut kerana sikap, tindak-tanduknya yang keterlaluan dalam kempen PRU14.
"Saya kata dia bacul sebab Chin Tong pilih untuk mencari pasal, bergaduh dengan seorang surirumah bernama Datin Seri Rosmah Mansor yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan PRU kali ini.
"Sama seperti isteri mana-mana ahli politik atau calon pilihan raya, Datin Seri Rosmah tidak wajar diserang atau dijadikan bahan kempen mana-mana calon kerana beliau hanya menyokong suaminya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambah Rizal yang juga merupakan Presiden Salute Malaysia berkata, tindakan Chin Tong itu mungkin kerana diajar oleh Tun Dr Mahathir bahawa tak salah untuk serang isteri pemimpin setelah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah langsung tak kena sentuh mahupun dijentik oleh mana-mana pemimpin BN.
"Wahai Chin Tong, bertindaklah secara matang, lawanlah seperti seorang lelaki, tidak pengecut dan seranglah lawan kamu yang sebenar dari MCA, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong jika benar kamu seorang jaguh politik masa depan.
"Apakah kamu dah jadi begitu bebal, tiada isu atau bahan untuk menyerang Ka Siong atau MCA sampai sanggup menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai umpan menarik perhatian pengundi.
"Atau mungkinkah kerana terlalu terdesak setelah menyerah tengkuk untuk lawan Ka Siong demi nak tunjuk hebat kepada tokong Kit Siang, Chin Tong dah kena sawan sampai sanggup menyerang seorang wanita," katanya..
Rizal turut mencabar Chin Tong untuk 'menyerangnya' jika benar calon pembangkang itu tidak mempunyai modal untuk berlawan pada PRU akan datang.
"Kalau dah tak ada sangat isu nak serang Ka Siong atau MCA, saya boleh terima kalau Chin Tong nak lawan saya, aibkan saya atau malukan saya jika tindakan tersebut boleh jadikan beliau nampak hebat atau menang PRU14. Saya cabar Chin Tong....!!!," katanya.
Pada Sabtu, pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menurunkan papan iklan DAP yang memaparkan wajah Rosmah kerana beliau tidak ada hubungan dengan pilihan raya.
"Rosmah tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan pemilihan.
"Tetapi kita tidak berat sebelah, jika BN atau Pakatan Harapan melakukan kesalahan, kita akan tegur mereka," kata pegawai SPR itu.
Papan iklan yang dipaparkan itu memberi pesan bahawa memberi undi kepada Ka Siong bermakna memberi undi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri.
Sumber asal: Chin Tong bacul guna gambar Rosmah yang tak bertanding PRU
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment