The Malaysian Insight gantung operasi bermula minggu depan

Posted by Kerah Lekung on Sunday 25 March 2018

The Malaysian Insight gantung operasi bermula minggu depan.
SHAH ALAM: Selepas hampir setahun ditubuhkan, The Malaysian Insight terpaksa menggantung operasi penerbitannya bermula minggu hadapan.

Ketua pengarang dan ketua pegawai eksekutif TMI Jahabar Sadiq berkata, penggantungan sementara ini disebabkan berdepan trafik laman yang rendah, selain menghadapi persekitaran kewangan yang mencabar.

“The Malaysian Insight akan menggantung operasi penerbitan bermula minggu depan kerana kami terlepas jangka masa perancangan utama untuk memperkenalkan sistem pembayaran berita, serta trafik laman kami juga tidak mencapai tahap sasaran yang ditetapkan.

“Maka kerana itu, kami perlu menyemak kembali arah tuju, operasi dan kebolehdayaan komersial kami.

“Keputusan untuk menangguhkan penerbitan buat sementara waktu adalah sangat sukar untuk diambil, tetapi terpaksa dilakukan kerana persekitaran kewangan yang mencabar,” kata Jahabar dalam satu notis yang dimuatnaik di laman berkenaan.

The Malaysian Insight ditubuhkan oleh Jahabar pada bulan Mac 2017.

Beliau adalah bekas pengarang The Malaysian Insider yang dihentikan penerbitan oleh pemiliknya, The Edge Media Group, pada Mac 2016.

Sumber asal: The Malaysian Insight gantung operasi bermula minggu depan

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment