Pendaftaran PH tak dapat diproses kerana PPBM - RoS

Posted by Kerah Lekung on Sunday 25 March 2018

Pendaftaran PH tak dapat diproses kerana PPBM - RoS.
KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) hari ini memaklumkan pendaftaran Pakatan Harapan (PH), masih tidak dapat diproses.

Ketua Pengarah RoS Surayati Ibrahim berkata, ia berikutan salah satu rakan komponennya iaitu PPBM, masih belum menjawab dan menyerahkan semua maklumat dan dokumen yang diminta mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966.

"Dengan ini Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengesahkan bahawa pendaftaran Pakatan Harapan (PH) buat masa ini masih tidak dapat diproses," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Pada 9 Mac lepas, RoS dilaporkan mengeluarkan satu notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1996 kepada PPBM yang mengkehendaki parti itu menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen kepada jabatan berkenaan.

Notis 14 (2) adalah suatu notis merujuk kepada perkara yang diarahkan oleh RoS untuk mengemukakan minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti.

PH menghantar permohonan pendaftaran pada Julai tahun lepas.

Sumber asal: Pendaftaran PH tak dapat diproses kerana PPBM - RoS

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment