Semua beres…RM30 billion akan mengalir ke Malaysia dari Arab Saudi Mac ini

Posted by Kerah Lekung on Friday 2 March 2018

Semua beres…RM30 billion akan mengalir ke Malaysia dari Arab Saudi Mac ini.
Ini khabar terbaru yang pasti bikin puak pembangkang gigit jari dan tidak sedap badan.Segala macam cara sudah mereka lakukan untuk gambarkan kepada dunia Malaysia sebagai negara yang ‘nak masok longkang’.

Lojiknya kalau terpengaruh dengan temberang termasuk kononnya Malaysia nak bangkrap, para pelabur yang ada pasti akan lari lintang pukang...dan yang berhajat nak masuk pula akan segera tekan brek.

Namun realitinya orang luar yang nak melabur jutaan ringgit tahu apa itu temberang politik dan fakta sebenar.

Rabu malam…Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara spontan umum berita besar pasal pelaburan langsung asing (FDI) yang akan rangsang lagi ekonomi negara.

Beliau buat pengumuman itu sewaktu berucap di majlis penyerahan kanvas TN50 di Kuala Lumpur.

Bukan kecik anak.Bayangkan jumlahnya ialah USD 7 billion atau dalam mata wang Malaysia hampir RM30 billion.

Itulah jumlah pelaburan yang akan dibuat oleh syarikat petroleum Arab Saudi, Aramco di projek Rapid di Pengerang Johor.

"Pagi tadi saya dapat teks daripada (Menteri di Jabatan Perdana) Datuk Seri Rahman Dahlan yang menyatakan Aramco bersetuju untuk melabur US$7 bilion di Malaysia sebelum 31 Mac ini," katanya.

Menurutnya setakat ini beliau cuma sudah beritahu kabinet mengenainya tetapi belum kepada pihak-pihak lain.

Najib berkata Rahman dihantar ke Riyadh untuk tutup perbincangan dengan Aramco.

Pelaburan Aramco di projek Rapid ,Pengerang dipersetujui semasa lawatan lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia hujung Februari 2017.

Namun beberapa isu teknikal berkaitan perjanjian antara Aramco dan Petronas itu perlu dibereskan terlebih dahulu.

Menerusi kejayaan Rahman memuktamadkan perjanjian berkenaan maka semuanya sudah beres dan seperti kata Perdana Menteri dana pelaburan itu akan mengalir ke Malaysia sebelum 31 Mac ini.

Perdana menteri berkata usaha kerajaan menarik pelaburan langsung asing itu adalah untuk faedah generasi akan datang dalam usaha menyediakan asas negara yang kukuh bagi membolehkan generasi TN50 membawa negara ini ke tahap yang lebih hebat kelak.

Beliau gembira kerana Malaysia terus menjadi tarikan kepada pelabur asing.

Najib antara lain menyebut mengenai keyakinan syarikat gergasi Alibaba milik Jack Ma dari China  memilih Malaysia negara pertama luar China untuk melabur membabitkan bilion ringgit.

Pada Isnin lalu syarikat Groupe PSA dari Perancis jalin pakatan strategik dengan Naza untuk mengeluarkan kereta Peugeot dan Citeron untuk pasaran ASEAN.

Pakatan itu akan mewujudkan tambahan 1,200 peluang pekerjaan di kilang Naza di Gurun Kedah.

Ia bakal mengeluarkan 18,000 unit kenderaan mulai 2019.

Sebelum ini pada Jumaat 23 Febuari Perdana Menteri menyaksikan majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan SK Group serta Cyberview Sdn Bhd dengan SK Holdings Co Ltd dan SK Telecom Co Ltd.

Konglomerat terkemuka Korea Selatan itu bakal menubuhkan ibu pejabat serantaunya di Malaysia dalam usaha membantu Malaysia melaksanakan inisiatif lautan birunya.

Ibu pejabat serantau itu akan turut menjadi pejabat untuk ASEAN, India dan Asia Barat buat SK Group, yang tersenarai dalam Fortune 100 dan syarikat kedua terbesar di Korea Selatan dari segi pasaran permodalan.

Najib berkata  Malaysia juga bakal menjadi pusat pengembangan perniagaan SK Group di rantau ini, sekali gus menunjukkan keyakinan tinggi kumpulan itu kepada negara.

Sumber asal: Semua beres…RM30 billion akan mengalir ke Malaysia dari Arab Saudi Mac ini

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment