Kalau Tol Baru Azmin Segera Luluskan Tanah, Projek ECRL Azmin Lengahkan

Posted by Kerah Lekung on Friday 2 March 2018

Kalau Tol Baru Azmin Segera Luluskan Tanah, Projek ECRL Azmin Lengahkan.
Enam plaza tol baru yang akan dibina di Lembah Kelang sebenarnya semuanya terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor PKR, di bawah pimpinan Menteri Besar, Azmin Ali dan bukannya bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

Portal pro-Pakatan Harapan (PH) awal-awal lagi mengeluarkan artikel merosakkan persepsi rakyat seolah-olah kerajaan pusat yang membenarkan plaza tol berkenaan dibina padahal ia adalah hasil kelulusan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor. Begitu cepat projek yang bawa kepentingan kepada kerajaan negeri, Azmin luluskan.

Lain pula halnya dengan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang melibatkan manfaat rakyat seluruh negara serta industri perkapalan negara, Azmin buat tidak tahu dan melengahkan kelulusan untuk penggunaan tanah bagi projek itu.

Ketua Pembinaan Infrastruktur Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Noor Azlan Salleh kata sehingga sekarang kerajaan negeri Selangor masih belum meluluskan permohonan tanah yang telah dipohon oleh syarikat MRL. Oleh kerana tindakan kerajaan negeri Selangor, projek ECRL terpaksa dimulakan di negeri yang sudah memberikan kelulusan seperti di Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Laluan merentasi negeri Selangor adalah yang paling panjang iaitu sejauh 80km dari Gombak ke Pelabuhan Klang dalam fasa kedua projek ECRL dan 19km laluan dalam negeri Selangor dalam fasa pertama. Kerajaan negeri Selangor kini kelihatan seperti ada niat untuk menjejaskan projek ECRL untuk kepentingan pihak lain.

Jika projek ECRL ini disiapkan, ia akan menjadi laluan pengangkutan untuk membawa kontena ke Pelabuhan Kuantan yang sedang diperbesarkan untuk menjadi terminal laut dalam yang tidak lama lagi akan mampu menampung kemasukan kapal lebih besar sehingga 200,000 tan berat muatan atau kapal yang boleh membawa 18,000 unit kontena bersaiz 20 kaki.

Kepesatan kadar kemasukan kontena ini akan membuatkan pelabuhan di negara jiran Singapura kurang menjadi perhatian pedagang sebaliknya akan menumpukan lebih perhatian kepada Klang dan Kuantan.

Ada sebab kukuh untuk mendakwa, Azmin kini bersekongkol pula dengan negara jiran dengan cuba melengahkan pembinaan projek ECRL ini supaya pelabuhan di negara ini tidak maju. Azmin tidak pedulikan nasib atau peluang rakyat untuk menikmati perjalanan yang lebih cepat dan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan.

Bukan mustahil kerana DAP pun adalah sekutu rapat parti PAP di Singapura yang sudah menjadi kerajaan di Singapura sejak dulu. Jika berlaku sesuatu pada ekonomi Singapura, ia akan menjadi titik tolak satu kebangkitan rakyat seterusnya menjurus kepada tumbangnya kerajaan PAP.

Parti sekutu lain dalam PH, PAN, PKR dan PPBM semua tidak ada suara, mereka hanya ikut sahaja apa yang DAP mahu mereka lakukan.

Jika Azmin benar-benar mahukan kemajuan di negeri Selangor dari segala aspek, mengapa tidak diluluskan permohonan projek ECRL tapi tol yang akan dibina dalam negeri Selangor Azmin luluskan. Kalau Azmin berterusan menangguhkan kelulusan, projek ECRL yang akan bawa faedah besar kepada negara bakal menerima nasib sama seperti pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang kini lewat dalam pembinaan.

Kerajaan negeri Selangor rugi sehingga RM800 juta kerana disebabkan kelewatan itu, dua buah loji rawatan air lain terpaksa dibina untuk menyelesaikan masalah gangguan bekalan air yang kerap berlaku di negeri Selangor. Azmin masih lagi selesa menjadi Menteri Besar walaupun terdapat begitu banyak isu melibatkan cara pentadbirannya.

Itu tanah di Sungai Yu dan Ijok sudah semakin tenat pun Azmin cukup liat hendak selesaikan. Memang layat Azmin digelarkan badut oleh pemimpin PAN dari dalam pakatan mereka sendiri. Azmin mengutamakan perkara lain daripada menyelesaikan masalah rakyat.

Sumber asal: Kalau Tol Baru Azmin Segera Luluskan Tanah, Projek ECRL Azmin Lengahkan

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment