RoS beri notis kepada PPBM

Posted by Kerah Lekung on Sunday 11 March 2018

RoS beri notis kepada PPBM.
PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah mengemukakan satu notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966 kepada PPBM.

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim berkata, notis yang telah diserahkan kepada Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh itu, mengkehendaki parti tersebut menjawab serta menyerahkan semua maklumat dan juga dokumen kepada ROS.

Sekiranya PPBM gagal menyerahkan maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang diminta, katanya, tindakan susulan daripada ROS adalah mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan iaitu mengeluarkan satu perintah pembubaran ke atas PPBM.

"Notis 14 (2) adalah suatu notis merujuk kepada perkara yang diarahkan oleh ROS untuk mengemukakan minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti.

"Notis mengikut Seksyen 14 (2) ini dikeluarkan adalah disebabkan aduan yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli parti PPBM kepada pihak ROS yang mana maklumat tersebut diperlukan bagi melengkapkan siasatan mengenainya," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

RoS sebelum ini dikatakan telah menerima 430 aduan daripada ahli dan bekas pemimpin PPBM yang tidak berpuas hati dengan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti itu yang diaggap tidak sah dan melanggar perlembagaan parti.

Untuk rekod, PPBM pada 30 Disember tahun lalu mengadakan AGM pertama yang dihadiri 941 perwakilan daripada 137 bahagian di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.

Bagaimanapun beberapa pemimpin akar umbi tampil mendakwa kononnya AGM PPBM 'syok sendiri' berikutan memperjuangkan kepentingan individu tertentu dan tiada inisiatif untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti.

Mereka juga mendakwa AGM pertama itu hanya memberi tumpuan kepada pimpinan tertentu sahaja dan perwakilan bahagian tidak diberi hak untuk menyuarakan pandangan.

Sumber asal: RoS beri notis kepada PPBM

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment