PPBM BAKAL DIBUBARKAN ?

Posted by Kerah Lekung on Sunday 11 March 2018

PPBM BAKAL DIBUBARKAN ?.
KENYATAAN MEDIA

YBRS. PUAN SURAYATI BINTI IBRAHIM
PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA

MENGENAI PENGELUARAN NOTIS 14(2) AKTA PERTUBUHAN 1966

09 MAC 2018, PUTRAJAYA

1. Dengan ini Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengesahkan bahawa satu Notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966 dikemukakan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkuatkuasa pada 28 Februari 2018.

2. Notis tersebut telah diserahkan kepada Setiausaha Agung PPBM dan Pihak PPBM dikehendaki menjawab dan menyerahkan kepada ROS semua maklumat dan juga dokumen sepertimana yang dinyatakan di dalam Notis tersebut.

3. Notis 14 (2) adalah suatu notis merujuk kepada perkara yang diarahkan oleh ROS untuk mengemukakan Minit-minit Mesyuarat Cawangan, Bahagian dan Pusat serta perihal penyata kewangan parti ;

4. Notis mengikut Seksyen 14 (2) ini dikeluarkan adalah disebabkan aduan yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli parti PPBM kepada pihak ROS yang mana maklumat tersebut diperlukan bagi melengkapkan siasatan mengenainya.

5. Notis mengikut Sekyen 14 (2) yang dikeluarkan ini adalah suatu Notis statutori berdasarkan kuasa menurut Akta Pertubuhan. Walaupun keperluan minima menurut Seksyen 14 (3) Akta Pertubuhan adalah 7 hari untuk pihak PPBM memberikan maklumbalas, namun ROS telah memberikan tempoh masa yang lebih panjang iaitu 30 hari bagi memudahkan pihak PPBM memberikan maklumbalas dengan menyertakan maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang diminta.

6. Oleh yang demikian, sekiranya pihak PPBM gagal menyerahkan maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang diminta sebagaimana Notis yang telah dikeluarkan menurut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan tersebut, tindakan susulan daripada ROS adalah mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan iaitu mengeluarkan satu perintah pembubaran ke atas PPBM.

Sekian, terima kasih.

Sumber asal: PPBM BAKAL DIBUBARKAN ?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment