PH tidak akan mampu tunaikan janji manifesto - penganalisis

Posted by Kerah Lekung on Sunday 11 March 2018

PH tidak akan mampu tunaikan janji manifesto - penganalisis.
SHAH ALAM: Janji manifesto Pakatan Harapan (PH) tidak akan mampu dilaksana sama ada gagasan itu berjaya membentuk kerajaan di Putrajaya atau tidak, kata penganalisis politik, Prof. Dr Ramlah Adam.

Beliau berkata sepeti yang dijangka PH mengitar semula janji pilihan raya lepas walaupun sedar ia mustahil untuk dilaksanakan khususnya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Saya rasa tak boleh laksana, janji memang senang (tapi) tak boleh laksana. Pertama sekali kalau dia hapus GST mana pendapatan dia nak dapat?

"Adakah maknanya sekarang ini kalau dia hapuskan GST, cukai lain akan naik? Cukai pendapatan, cukai harta, cukai perniaga itu akan naik? sebab nak cover GST sekarang," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Selain GST, Ramlah berkata ikrar PH untuk melaksanakan pendidikan percuma masih kabur sehingga hari ini, meskipun ia sudah dicanang sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 2013.

Malah ujarnya, kerajaan Persekutuan tidak pernah gagal memberikan subsidi pendidikan kepada rakyat negera ini.

"Bagi saya pendidikan percuma itu sangat kabur. Menengah rendah memang percuma. Bayar yuran sikit-sikit itu untuk ibu bapa demi kemajuan aktiviti anak di sekolah saja.

"Ibu bapa kena ambil bahagian. Macam mana ibu bapa nak lepaskan tanggungjawab pendidikan kepada anak-anak kalau semua harap kepada kerajaan? "

Ujar Ramlah lagi, rakyat harus bersedia untuk mengalami kenaikan cukai yang lebih tinggi jika PH tetap melaksanakan pendidikan percuma, sekiranya pakatan itu berjaya membentuk kerajaan Persekutuan kelak.


"Tapi kita kena ingat, kalau nak percuma semuanya, kena naikkan cukailah. Sebab nanti universiti hendak bekerja atas dasar apa?

"Sekarang kerajaan negeri beri (bajet) universiti 70%. Sekarang kalau nak percuma, universiti kena cari duit sendiri dan kerajaan mungkin tanggung 100%, (maksudnya) subsidilah, kalau nak percuma," katanya lagi.

Ramlah juga menyentuh janji PH mahu membina 1 juta rumah mampu milik dan mampu sewa di sleuruh negara jika memerintah kelak.

Beliau kemudiannya merujuk prestasi PH di Selangor - negeri terkaya di Malaysia - yang sehingga kini gagal menyediakan perumahan mampu milik dan mampu sewa secukupnya kepada rakyat marhaen.

"Mereka hanya pandai cakap tapi kerja tak pandai. Apa yang Azmin tambah di Shah Alam? Kecuali dia bagi jual tanah dan buat apartment besar-besar atau banglo dan dijual kepada orang kaya.

"Itu sahaja perubahan, yang lain Azmin tidak buat. Jalan raya yang rosak tidak berturap. Itu Shah Alam," tegasnya.

Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UMP) itu turut mempersoalkan mengapa sembilan projek Rumah Selangorku dibatalkan walhal agenda itulah yang dicanang mereka sejak PRU yang lalu.

"Kenapa sembilan projek Selangorku itu dibatalkan? Kata Selangor negeri terkaya dan banyak cukai," soalnya.

Justeru, Ramlah bertegas, PH tidak akan mampu melaksanakan janji manifestonya jika gagasan itu menang PRU14 kelak.

PH semalam melancarkan janji manifestonya di IDCC, Shah Alam dengan dihadiri hampir kesemua pimpinan tertinggi gagasan itu.

Antara lain janji manifesto PH adalah, hapuskan GST, subsidi petrol bersasar, hapuskan hutang peneroka Felda, KWSP untuk suri rumah, menyamaratakan gaji minimum, menangguhkan bayaran PTPTN, menyiasat skandal, mengembalikan status Sabah dan Sarawak, skim Peduli Sihat dan kaji semula projek mega.  

Sumber asal: PH tidak akan mampu tunaikan janji manifesto - penganalisis

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment