Bekas Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarul Azman Habibur Rahman merupakan individu penting yang mempunyai pengalaman selama beberapa tahun bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu bersama-sama mengasaskan parti tersebut.
Jika Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusof menggariskan sembilan kayu ukur kekurangan Dr. Mahathir, Kamarul Azman pula memberikan lima lagi sebab berdasarkan pengalamannya sepanjang bersama Pengerusi PPBM itu.
Berikut merupakan rangkuman penilaian yang dibuat oleh Kamarul Azman:
1) Daya ingatan: Tidak mampu
Ulasan: Walau sehebat mana sekalipun individu itu, usia akan membataskan pergerakan fizikal dan juga mental termasuklah daya ingatan. Kamarul Azman berkata, sepanjang pengalamannya dalam parti itu, Dr. Mahathir kerap kali terlupa beberapa perkara termasuk nama pemimpin kanan walaupun kerap mengadakan perjumpaan.
2) Kredibiliti: Tidak mampu
Ulasan: Kredibiliti Dr. Mahathir selepas menjadi Perdana Menteri seharusnya dipertikaikan dengan pelbagai dakwaan dan fitnah yang dibuat. Menurut Kamarul Azman, Dr. Mahathir juga tidak dapat membezakan antara kebenaran tanpa mempunyai bukti kukuh atau fitnah. Malah Dr. Mahathir hanya mengharapkan masyarakat percaya apa yang diperkatakan olehnya. Contohnya dakwaan beliau bahawa negara akan menjadi muflis selepas hutang berada tahap membimbangkan, sedangkan hakikat sebaliknya.
3) Emosi : Tidak mampu
Ulasan : Menurut Kamarul Azman , Dr. Mahathir terlalu sensitif dan tidak boleh ditegur. Dalam beberapa mesyuarat sebelum ini segala idea atau pandangan yang diutarakan olehnya harus diterima pakai. Jika tidak mereka berkemungkinan berdepan tindakan. Sebab itu ramai pemimpin hanya berdiam diri. Selain itu beliau kelihatan sering bersedih dengan apa yang berlaku terhadap keluarganya sedangkan umum mengetahui kekayaan dimiliki oleh mereka.
4) Fikiran bercelaru : Ya
Ulasan: Dr.Mahathir sebelum ini diangkat antara orang kuat yang menentang DAP tetapi kini beliau bersekongkol dengan pemimpin kanan parti itu. Beliau turut membuat pusingan ‘U’. Ini boleh dilihat menerusi pelbagai video yang kini tular. Tambah Kamarul Azman, Dr. Mahathir juga disifatkan sebagai seorang yang tidak tetap pendirian dan tidak mempunyai prinsip.
5) Usia; Tidak mampu
Ulasan: Selain pertambahan angka pada umurnya, Dr. Mahathir juga dilihat tidak mampu untuk bersaing dengan golongan yang lebih muda. Tambah Khairul Azman, beliau sebaliknya perlu menerima hakikat bahawa ada golongan muda yang lebih bijak daripadanya dalam keadaan zaman teknologi ini dengan segala maklumat diperoleh menerusi hujung jari.

Sumber asal: BEKAS “ORANG KANAN” BERI 5 SEBAB MAHATHIR TAK LAYAK JADI PM LAGI
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment