TIDAK MUSTAHIL DR M AKAN SEKAT MEDIA SEKALI LAGI

Posted by Kerah Lekung on Monday, 26 March 2018

TIDAK MUSTAHIL DR M AKAN SEKAT MEDIA SEKALI LAGI.
Bukanlah sesuatu perkara yang baharu atau luar biasa apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat pusingan U dalam setiap tindakan dan hujahnya hari ini.

Malah, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak segan silu untuk menafikan apa-apa sahaja yang pernah beliau lakukan ketika mengepalai kepemimpinan negara ini dahulu.

Buktinya, lambakan video ucapan calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu di YouTube mengenai pelbagai isu, misalnya ketegasannya dalam membidas media antarabangsa, yang kini bercanggah dengan perbuatannya hari ini.

Menurut Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek, Dr. Mahathir sebenarnya sedang memperkotak-katikkan peranan media baharu dan antarabangsa bagi melunaskan cita-cita politiknya.

“Sekiranya beliau berjaya melunaskan cita-citanya itu, agensi media baharu yang ketika ini banyak bekerjasama dengan Dr. Mahathir perlu bersedia untuk disekat.

“Saya juga yakin dan percaya Dr. Mahathir akan mengetatkan peraturan terhadap media seperti yang pernah dilakukan dahulu kerana beliau memang tidak menyukai mana-mana pihak yang cuba mengkritiknya,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia semalam.

Abdul Halim berkata, media antarabangsa yang bertapak di Malaysia pula perlu bersedia untuk menerima lebih banyak halangan atau kemungkinan larangan meneruskan operasi di sini.

“Ia bukan satu perkara yang mustahil kerana sepanjang 22 tahun beliau memimpin negara ini dahulu, beliau sering menyatakan media barat mempunyai niat jahat dan berat sebelah dalam melaporkan mengenai Malaysia,” katanya.

Sumber asal: TIDAK MUSTAHIL DR M AKAN SEKAT MEDIA SEKALI LAGI

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment